Isnin, 15 April 2024

BACA DAN SEDAR




Melaka buka 

3 PPS untuk 

122 mangsa banjir
MELAKA – Sebanyak 122 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka setakat 8 pagi ini susulan banjir kilat yang melanda akibat hujan lebat sejak petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, satu PPS dibuka di daerah Melaka Tengah iaitu di Japerun Ayer Keroh pada 11 malam tadi yang menempatkan 12 mangsa daripada dua keluarga.

“Di daerah Alor Gajah, sebanyak 72 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan 38 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Balai.

“Antara kawasan terjejas di daerah Alor Gajah ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melaka, Kampung Bukit Balai, Taman Murai Jaya, Kampung Padang Keladi, Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamarulsyah, kawasan yang terjejas di Melaka Tengah adalah Kampung Sungai Putat, Taman Melawis Bukit Beruang, Taman Ayer Keroh Heights dan Kampung Enam.

Beliau berkata hujan lebat sejak 4 petang semalam telah menyebabkan air sungai melimpah di kawasan perumahan dan jalan raya. – BERNAMA

KETIKA PERLIS

KEMARAU

AMIN

KETIKA KELANTAN

KEMARAU

AMIN

KETIKA SARAWAK

KERING KONTANG

AMIN

MELAKA  BANJIR

AIOR MELIMPAH

AMIN

INI BUKTI DUNIA

MAKIN PANAS

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baca boleh sedar tak boleh, kalau ada kesedaran sudah lama rasuah dilupuskan, kalau sedar sudah lama arak rokok dihapuskan kah kah kah kalau sedar sudah lama pencuri akan potong tangan, perasuah akan ditembak tetapi sedar dalam suci kalbu kerana kesalahan oleh anak beranak sanak saudara tetap dihalalkan amin kah kah kah

Cekpit Kelima berkata...

So what? Takkan nak stop budaya konvoi dan merempit buang asap tanpa tujuan yang dah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia?