Rabu, 10 April 2024

HARI RAYA


HARI RAYA



RABU 10 APRIL 2024
KITA DI MALAYSIA  BERHARI RAYA
INDONESIA SINGAPURA BERUNAI
DAN PATANI RAYA SAMA
SAUDI PUN RAYA  HARI INI

RAYA TAHUN INI TETAP MERIAH
WALAU PUN HARGA BARANG MAHAL
DENTAM DENTUM
MASIH KEDENGARAN

MALAM RAYA GUA
KE JALAN IPOH
MINUM LASSI
KEMUDIAN LINTAS
JALAN TAR

WOIT
RIBU RIBU KAKAK ADIK ABANG
SEDANG BERJALAN
BERPUSU PUSU
SEPANJANG JALAN TAR

ADA KAKAK DAN ABANG
BUKA MEJA TEPI JALAN TAR
JUAL MACAM MACAM
TAPI PALING BANYAK
JUAL AIR MINUMAN
UNTUK PEJALAN

RAMAI RAMAI BERJALAN
LIHAT LIHAT TENGOK TENGOK
BUAT RAMAI
MENIMNULKAN  SUASANA RAYA
GUA HARAP
MUGA MUGA
NIAGA DI JALAN MASJID INDIA
RANCAK
REZEKI TERBUKA

GUA TAK DAPAT BERHENTI KERETA
NIAT NAK SAMA BUAT RAMAI
ORANG LIHAT ORANG
AKHIRNYA TENGAH MALAM
PULANG LINTAS DEPAN
DATARAN  MERDEKA
YANG AGAK KOSONG

GAZA
SEMASA RAYA INI
DI MANA MEREKA BERADA
RUMAH DAH HANCUR
MASJID DAH RUNTUH
MEREKA SEMBAHYANG RAYA
DI JALAN RAYA
RAYA PALING TRAJIS

AMERIKA
BIDEN KATA NETANYAHU
BUAT SILAP SERANG GAZA
BIDEN TEKAN NETANYAHU
UNTUK ADAKAN
GENCATAN  SENJATA

HOKKIEN
PAGI AGAK SIBUK JUGA
HARI CUTI
RAMAI DATANG ZIARAH MAKAM
KERETA HARI INI LEBIH RAMAI
DARI KEMRIN
ADA BAKAR SANA SINI
TAPI MERCUN TAK BERBUNYI

MATA HARI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS
HARI INI AKAN PANAS
PETANG GUA BALIK KAMPONG
BERAYA DENGAN KAUM KELUARGA

ESOK MALAM
KAWAN KAWAN DARI KL
DATANG
 KE KAMPONG CHENOR
KAMI NAK MAKAN MAKAN
NAK MINUM MINUM
AMIN

BRO
SENYUM DI PAGI RAYA
KITA SAMBUT PAGI
RAYA DENGAN SENYUMAN

JAGA KAWAN DALAM BAHAYA
JADI PELUKIS JADI SENIMAN
UCAP SELAMAT HARI RAYA
PADA PEMBACA YANG BUDIMAN 

BUAH BIAWAS BUAH PULASAN
BUAH TANGAN DI PAGI RAYA
BERAWAS KETIKA MEMANDU DI JALAN
ELAK  MALANG ELAK BAHAYA

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT HARI RAYA

Tiada ulasan: