Ahad, 14 April 2024

JOHARI ABDUL DI NASEHAT JANGAN MERAPU



Kerajaan jangan beri kenyataan ‘merapu’ berkaitan isu beras – Gerakan

GEORGE TOWN – Parti Gerakan menggesa Kerajaan Campuran agar tidak mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah kekurangan beras tempatan.

Timbalan presidennya, Oh Tong Keong berkata, ia susulan cadangan Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul a.k.a Mat Bedul yang meminta rakyat di negara ini berani melakukan perubahan bagi tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat sebaliknya menggantikan dengan sumber lain seperti ubi kayu.

Demi menyakinkan orang ramai terhadap kebolehlaksanaan berkenaan, Johari perlu menjadi yang pertama mula makan ubi kayu selama sebulan sebagai makanan ruji gantian pada nasi.

“Beliau (Johari) perlu menjadi teladan yang baik, menjaga imej negara kita dengan tidak mengeluarkan kenyataan kurang munasabah dan dijadikan bahan ketawa peringkat antarabangsa.

“Masalah kekurangan beras putih adalah isu yang sangat serius. Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman menegaskan pada mesyuarat NACCOL bahawa sebanyak 140,000 tan metrik beras putih tempatan akan dibekal ke pasaran domestik dalam tempoh bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Tetapi sehingga kini beras putih tempatan masih tidak kelihatan dalam pasaran walaupun Hari Raya Aidilfitri berbaki sehari lagi,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Tambah Tong Keong, walaupun Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim mengumumkan bekalan beras putih tempatan akan dibekal di seluruh negara, namun ia masih tidak kelihatan di pasaran.

“Kerajaan Perpaduan mesti memberi penjelasan mengapa berlaku masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan yang begitu serius? Apakah langkah penyelesaian yang bakal diambil kerajaan?

“Jangan cuba alih perhatian rakyat dengan meminta mereka gantikan ubi kayu sebagai alternatif makanan ruji sebaliknya, kerajaan perlu cari penyelesaian proaktif.

“Media pada Sabtu lalu melaporkan, ubi kayu sebagai salah satu sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai,” kata Yang di- Pertua Dewan Rakyat,  Mat Bedul.

Jelas beliau, rakyat di negara ini perlu berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat. –  

MAT BEDUL

DINASEHAT

JANGAN MERAPU

KAH KAH KAH

MAKAN UBI

OTAK JADI KAYU

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hati hati bercakap tentang ubi. Kerana secupak ubi, buruh dan tani dari baling bangkit dan melawan. Jangan kerana secupak ubi juga, buruh tani akan bangkit lagi sekali dan sekali lagi, akan melawan.