Ahad, 7 April 2024

KEMBALI KE ZAMAN JEPUN


Johari diserang selepas ajak rakyat makan ubi kayu ganti nasi


Media sosial menjadi kecoh selepas orang ramai melahirkan rasa terkejut dan lawak terhadap cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul supaya rakyat Malaysia menggantikan beras dengan ubi kayu sebagai makanan ruji alternatif sebagai penyelesaian kepada krisis bekalan beras yang dihadapi negara ketika ini.

Ahli politik PKR itu berkata ubi kayu, yang pernah menjadi makanan harian ketika era penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua akibat kekurangan beras, juga merupakan sumber karbohidrat yang baik.

Apa tujuan kita makan beras? Tujuannya untuk dapatkan karbohidrat? 

"Saya pernah berbincang dengan beberapa MP dari Sarawak. Banyak MP Sarawak yang tanam ubi kayu.

"Orang-orang Sarawak, dia guna ubi kayu... kalau kita dapat perkenalkan makanan suplemen menggantikan beras, buatlah macam mana pun...saya difahamkan di Sarawak amat berjaya,” katanya ketika melawat Jualan Termurah Madani di Sungai Petani, kerusi yang pernah diwakilinya untuk PKR.

Johari berkata Malaysia "harus ada keberanian" mencuba penanaman ubi kayu, sambil menambah ia lebih berkhasiat daripada beras dan kandungan gulanya juga lebih rendah, di samping mengurangkan pergantungan negara terhadap import makanan.

Kenyataannya menyaksikan kebanjiran komen di media sosial.

Antaranya ialah daripada pempengaruh politik popular Ratu Naga, yang memanggil Johari "Jo Ubi".

"Kenapa masih gagal dapatkan beras sedangkan Malaysia mengeluarkan 60% beras tempatan. Kenapa susah sangat nak nampak beras di Malaysia?

"Kalau tak ada beras, ganti dengan ubi (kayu), kalau pemimpin bodoh, rakyat boleh tak gantikan dengan pemimpin pandai?"  soalnya dalam klip video menyindir Johari, pemimpin PKR yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-15 yang lalu.

Nada sama dimuatkan dalam banyak komen lain di pelbagai platform media sosial, di mana pemimpin kerajaan dan penyokong mereka diminta beralih kepada ubi kayu sebagai makanan harian.

"Kalau boleh semua ahli Parlimen dan Adun makan ubi kayu dulu, yang beras berikan (kepada) rakyat yang memerlukan," tulis Abd Rahim.

""Dulu kangkung... ok lagi.. ni suhnyer makan ubi. Jahanam punya kera jaan," menurut satu lagi komen, yang mengimbas kenyataan Najib Razak sedekad yang lalu.

Pada 2014, bekas perdana menteri itu mengundang kutukan dan sindiran orang ramai selepas cubaannya menolak dakwaan kenaikan harga dengan memberikan contoh harga kangkung yang turun pada masa itu.

TikToker Na'im Brundage turut mencabar Johari untuk cuba dulu memakan ubi kayu selama setahun.

"Kau ingat ni zaman pemerintahan Jepun ke?"

Idea Mohamad Sabu

Cadangan serupa pernah diutarakan tahun lalu oleh Mohamad Sabu, menteri yang bertanggungjawab bagi keterjaminan makanan.

Malaysia berdepan masalah bekalan beras putih tempatan sejak tahun lalu, disebabkan bukan sahaja perubahan iklim dan kenaikan kos benih padi, tetapi juga tindakan orang tengah dan kartel menyimpan stok dan manipulasi harga.

ia diburukkan lagi dengan keputusan India mengharamkan eksport beras putih bagi melindungi bekalan domestik negara itu.

Bagaimanapun, beberapa negara yang bergantung kepada import beras dari India, seperti Singapura, sudah terlebih dahulu membuat perancangan awal, dengan mengadakan perjanjian pengecualian dengan New Delhi bagi mengelak gangguan bekalan beras.

Bekalan beras putih tempatan mula "hilang" di pasaran selepas Padiberas Nasional (Bernas), syarikat milik taikun Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mempunyai monopoli mengimport beras, menaikkan harga runcit beras import sebanyak 36% pada September tahun lepas, menyebabkan peningkatan mendadak untuk beras tempatan yang lebih murah.

Pengeluaran beras putih tempatan, yang harganya dikawal pada RM26 setiap 10kg, hanya mampu memenuhi 60% hingga 70% permintaan negara.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial berkata ubi kayu lebih mahal daripada beras, dalam reaksi mereka terhadap cadangan Johari.

"Nanti bila ubi pula tak cukup, ubi pula kita import, hehehe," sindir Azlan Suhaizat Mohamed Pitchay.

Azrul Hisyam mengaitkan cadangan Johari dengan prestasinya sebagai penceramah.

"Ingatkan kat Parlimen sahaja kelakar, luar Parlimen pun sama-sama kelakar."

Ahmad Nusi dalam pada itu menyindir Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, yang sering mendapat jolokan "raja formula".

"Ini bukan idea, dia cuma bagi formula macam kawan-kawan dia,"  tulisnya.

Seorang lagi pengguna bertanya sama ahli politik kerajaan akan menghidangkan ada ubi kayu menggantikan nasi pada majlis rumah terbuka Hari Raya yang bakal tiba.

Manakala seorang lagi bertanya sama ada zakat fitrah, yang kadarnya berdasarkan harga makanan ruji sesebuah negara, akan dikira berdasarkan harga ubi kayu.

WOIT

KITA BALIK

KE ZAMAN JEPUN

KAH KAH KAH

HURAAH HURAH

RU MAKAN APAA

KEPALA POTONG

HURAAH HURAAH

KAH KAH KAH

OTAK MANA ?

KEPALA POTONG

KHALAS

Tiada ulasan: