Sabtu, 13 April 2024

PENGGANAS YAHUDI


Lelaki Israel mengaku tidak bersalah miliki pistol, peluru


LELAKI Israel Avitan Shalom meminta untuk dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana mengedar enam senjata api ke Malaysia dan memiliki 158 peluru.

Avitan didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) kerana mengedar senjata api, dan  Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana didakwa memiliki peluru.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Hakim Tasmin Abu Bakar tidak membenarkan ikat jamin Avitan dan menetapkan 21 Mei untuk sebutan semula kes.

Jika didapati bersalah, Avitan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dengan sekurang-kurangnya enam sebatan bagi pertuduhan pertama.

Bagi pertuduhan kedua iaitu pemilikan menyalahi undang-undang, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan rotan dengan sekurang-kurangnya enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam, manakala tertuduh diwakili Navinjit Singh dan Jeffrey Ooi.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu dipercayai memasuki negara dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac menggunakan pasport Perancis.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga memegang pasport Israel mendakwa dia datang ke Malaysia untuk memburu dan membunuh seorang lagi lelaki Israel kerana pertikaian keluarga.

Pada 8 April, pasangan tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki Israel itu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang atas kesalahan senjata api.

Awal hari ini, petugas media mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mulai 7 pagi. – 12 April, 2024.

SAPA CARIKAN

PEGUAM

PENGGANAS

YAHUDI INI ?

AMIN

APAKAH MALAYSIA

AKAN BERANI

HUKUM MATI

PENGGANAS INI ?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: