Rabu, 17 April 2024

SAPA SABOTAJ NAJIB ?


Memang ada titah tambahan, mengapa sorok perkara ini? – Shafee

KUALA LUMPUR – Peguam utama mewakili  Najib Razak kesal dan mempersoalkan mengapa kerajaan seolah-olah ‘menyembunyikan’ kewujudan titah tambahan yang membolehkan anak guamnya menjalani hukuman penjara sebagai tahanan dalam rumah.

Menurut  Muhammad Shafee Abdullah, beliau telah menghantar tujuh keping surat berkaitan perkara itu kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan beberapa menteri kabinet lain namun tidak ada sebarang balasan.

“Anda tidak boleh sorok titah (adendum bertarikh 29 Januari 2024) ini.

“Mengapa sorokkan titah tambahan ini? Tidak ada sesiapa pun yang boleh sorokkan perkara ini. Ini adalah titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada media di luar mahkamah hari ini.

Difahamkan Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jun ini untuk keputusan permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya beliau boleh menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Muhammad Shafee juga mendedahkan Hakim Datuk Amarjeet Singh juga mengarahkan hujahan bertulis tambahan difailkan sebelum keputusan itu dibuat.

Pagi ini beliau memaklumkan adanya identiti ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib.

Najib telah memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April menerusi Tetuan Shafee & Co.

Beliau memohon perintah supaya kesemua responden atau seorang daripada mereka diarah untuk menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud maka kesemua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah. -

NAJIB AKAN

DI BEBAS ?

KAH KAH KAH

DI TAHAN DALAM

RUMAH

KAH KAH KAH

RUMAH MANA?

NAJIB ADA DUA

BINI

KAH KAH KAH

LEBIH SELAMAT

SIMPAN DI KAJANG

BIK MAMA 

SENANG HATI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Percaya sangat ngan pornogoro..dulu pengesahan duit anak raja Saudi..sekarang ni pengesahan hiliran affidavits.satu M'cia tahu hal itu..Ooii.i tak tahu malu ke..??atau memang dah bebal kulit muka tu..kat Korea dulu tak suruh dia orang kikis nipus sikit kulit tu..?? Yg si Loyar tu pun sama..jaja satu m'sia..ungkapan "dicubit-cubit ..di usap-usap puting" masih ngiang kat telinga..takda ke undang-undang M'sia..yg bolihkan mereka disabitkan kesalahan menyalah guna kuasa.. mereka cipta..menabur fitnah.pembaziran wang dan masa di mahkamah..kat sini aku salute Tg Zafrul..berani kedapan..tabik spring sekali lagi..