Selasa, 2 April 2024

SPRM SENJATA POLITIK TERBAIK



SPRM perlu diletak di bawah Parlimen – Muhammad Rafique

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadi alat dendam politik selagi bidang kuasanya tidak diletak di bawah Parlimen.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, kedudukan dan tata kelolanya akan diperjelas sekiranya diletakkan di bawah Dewan Rakyat.

“SPRM seolah diperkuda bagai alat dendam politik Perdana Menteri. SPRM pula akan sentiasa ditunggang sebegitu rupa selagi mana ianya tidak diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.

“SPRM juga tidak akan berubah selagi mana Ketua Pesuruhjayanya (Tan Sri Azam Baki ) tidak diletakkan bawah seliaan Dewan Rakyat untuk menjawap isu-isu tatakelolanya sendiri. Ini sahaja cara untuk elak SPRM dijadikan alat politik mana-mana Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menyifatkan suruhanjaya berkenaan dilihat hanya berminat menyiasat individu yang tidak menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani.

Katanya, ini kerana hampir semua kes profil tinggi yang disiasat atau diambil tindakan adalah dalam kalangan pengkritik Perdana Menteri.


Selain itu beliau mendakwa laporan pihak tertentu terhadap SPRM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula tidak diambil tindakan.

“Laporan-laporan kepada SPRM atau PDRM mengenai individu-individu samada Perdana Menteri atau rakan-rakannya pula seolah tiada tindakan konkrit. Sepi seribu bahasa.

“SPRM seolah diperkuda bagai alat dendam politik Perdana Menteri,” katanya .

WOIT

MASA PKR

PEMBANGKANG

TUNTUTAN INI

TELAH DI BUAT

AMIN

MASA PKR JADI

KERAJAAN 

SPRM

DILIHAT SEBAGAI

ALAT & SENJATA

TAJAM UTK BUNUH

 MUSUH POLITIK

AMIN

NANTI PEJUANG

PUN BILA JADI

KERAJAAN AKAN

IKUT SAMA

AMIN

MUSTAHIL ADA

PARTI POLITIK 

NAK HILANG KUASA

KAH KAH KAH

YNG TERUS BISING

BADAN NGO

KERANA TAK PERNAH

DAPAT KUASA

KHALAS

Tiada ulasan: