Selasa, 21 Mei 2024

BERAS HILANG - KINI PENGILANG PUN HILANG




Pengilang padi Melayu mengadu semakin 'pupus' di sebalik dakwaan monopoli, kartel beras

Di sebalik krisis bekalan beras tempatan yang masih berterusan, pemain industri pengilangan padi dalam kalangan Melayu semakin gelisah dengan kepentingan mereka yang dilihat kian terhakis, dengan hanya segelintir sahaja pemilik Melayu masih beroperasi.

Ia ditambah dengan tindakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang baru-baru ini mengarahkan semua stok semasa padi di Perlis mesti melalui syarikat dilesenkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dalam apa yang dilihat sebagai menguatkan monopoli beras.

Hanya 11 daripada 220 kilang padi dimiliki kaum Melayu masih mampu bertahan, itu pun hanya menunggu masa untuk menutup perniagaan mereka, menurut pemain industri yang merungut dasar kerajaan yang tidak menguntungkan mereka.

Ia turut dialami di peringkat pemborong, apabila banyak pemborong beras milik Melayu terpaksa gulung tikar. 

Di Perak, misalnya, tinggal tiga pemborong Melayu sahaja yang masih masih aktif di negeri itu.

Salah satu pengilang dan pemborong yang masih bertahan dimiliki Mohamad Tarmizi Yop.

Tarmizi berkata masalah dialami orang Melayu yang terlibat dalam industri padi dan beras telah dimakumkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang diketuai Mohamad Sabu, namun tiada langkah penyelesaian diambil.

“Mana Mat Sabu? Mana Anwar Ibrahim yang kata nak perjuangkan hak rakyat, hak orang Melayu?" Tarmizi memberitahu MalaysiaNow. 

Penglibatan golongan Melayu dalam industri padi dilihat penting memandangkan ia berkait rapat dengan sektor penanaman padi yang nadinya adalah pesawah Melayu.

Tarmizi berkata kerajaan tidak boleh berdiam diri dengan masalah yang melanda pengilang dan pemborong Melayu.

“Yang masih bertahan ini pun menunggu masa untuk mati sahaja,” katanya.

Katanya, punca masalah tersebut kerana pemborong tidak dihadkan daripada membeli padi.
.
Ia membawa kepada keadaan di mana syarikat yang mempunyai dana besar, yang rata-rata dimiliki kaum Cina, membeli dengan kuantiti banyak. 

“Walaupun ada modal, ada rangkaian perniagaan, tetapi kita tidak mampu bersaing dengan syarikat besar," katanya.

Tarmizi menyifatkan syarikat-syarikat besar itu sebagai "kartel" beras, dan ia termasuk syarikat berkait kerajaan (GLC) yang menurutnya mahu memonopoli industri beras.

Baru-baru ini di Perlis, kerajaan membenarkan empat syarikat sahaja mengeluarkan beras putih tempatan yang sehingga ini tidak cukup di pasaran. 
 
MalaysiaNow difahamkan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengarahkan semua stok semasa padi berjumlah 140,000 tan metrik dikisar untuk edaran trademarket, supermarket, hypermarket, dan minimarket, dan mesti melalui empat syarikat.

Pengilang padi di Perlis diarah untuk menjual beras putih tempatan kepada empat syarikat tersebut pada harga RM2,550 per metrik tan. 

Bagaimanapun, beras putih tempatan tetap tidak cukup di pasar raya, walaupun Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, atau Naccol, mengarahkan semua stok semasa padi dan beras yang dibeli pengilang berjumlah 140,000 tan diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta.

Seorang pemain industri yang enggan dinamakan berkata tindakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengarahkan supaya belian padi hanya dibuat kepada empat syarikat sahaja memburukkan lagi nasib pengilang Melayu.

“Kenapa empat syarikat ini mendapat keistimewaan untuk mengeluarkan beras putih tempatan? Bagaimana pengilang dan pemborong lain? Kenapa pengilang ini mempunyai kuasa untuk ‘re pack’ beras 5kg atau 10kg untuk dihantar secara terus ke peruncit, sedangkan itu adalah tugas pemborong?" soalnya.

"Kalau begini keadaannya, pengilang pemborong Melayu memang akan pupus."

Bagaimanapun, ketika dihubungi MalaysiaNow, sebuah syarikat yang dibenarkan mengeluarkan beras putih tempatan mendakwa beras tempatan cukup dibekalkan ke pasar raya, namun tetap perlu ditampung dengan beras import.

Seorang jurucakap syarikat berkata ini kerana ramai mencari "beras lembut" berbanding beras tempatan. 

“Tetapi mahal sikit la,” tambahnya.

Beras tempatan memenuhi 65% keperluan negara, selebihnya ditampung dengan beras import.

Pada September tahun lalu, Bernas, satu-satunya syarikat diberikan lesen mengimport beras mengumumkan kenaikan harga beras import sebanyak 36% iaitu daripada RM2,350 per metrik tan kepada RM3,200 per metrik tan.

Langkah itu membawa kepada pembelian panik beras tempatan sehingga ia "hilang" dari pasaran, di samping perbuatan pengilang menyembunyikan stok beras tempatan bagi memaksa orang ramai memberli beras import, membolehkan peniaga mencatat margin keuntungan yang lebih besar.

Pada 9 Oktober lalu, sebuah kilang beras di Kedah disita selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dianggarkan bernilai RM405,000.

WOIT

BERAS TEMPATAN

DAH LAMA ILANG

KAH KAH KAH

SEKARANG

PENGILANG PULAK

HILANG

KAH KAH KAH

MAHADANON

APA SUDAH JADI

KAH KAH KAH

AMIN

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang umno ilang sabar kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Inilah hasil kerja sejak merdeka, asyik Ali Baba semuanya sampai jadi begini kah kah kah, nak salahkan siapa ? Yahudi atau DAP? Semuanya kerjasama antara penguasa dengan kartel semua tahu semua sedar semua makan beres selagi periuk berasap woit kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Femes trending sekarang ubat kuat, lain lain hal tak berminat orang kita tahu tak kah kah kah