Rabu, 22 Mei 2024

BIAR PUTIH TULANG JANAGN HILANG NEGARA


Tentera semakin mengganas, mula serang Jabalia

GAZA –  Tentera Israel terus menceroboh lebih jauh di utara Gaza iaitu Jabalia dengan menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal semalam.

Serangan udara itu menyebakan ramai mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah bangunan yang musnah selain tentera Israel menggunakan jentolak untuk meranapkan kedai dan harta benda berhampiran pasar tempatan dalam operasi ketenteraan yang bermula hampir dua minggu lalu.

Pada masa sama, serangan udara Israel pula membunuh sekurang-kurangnya lima orang di Rafah, selatan Gaza.

Serangan serentak Israel di pinggir utara dan selatan Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka.

Serangan Israel juga mengehadkan aliran bantuan secara mendadak sekaligus meningkatkan risiko kebuluran.

Ketika ini, Israel kembali menyerang semula kem itu selepas beberapa bulan lalu, atas dakwaan untuk menghalang kumpulan Hamas yang mengawal Gaza berkumpul semula.

Sepanjang beberapa hari lalu juga, tentera Israel mendakwa, mereka sudah membongkar 70 sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza termasuk di kubu pejuang, tapak penyimpanan senjata, pelancar peluru berpandu dan pos pemerhatian.

Sehingga kini, lebih 35,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang di Gaza, yang kini memasuki bulan kelapan.

Sekurang-kurangnya 10,000 yang lain hilang dan dipercayai terperangkap di bawah bangunan yang musnah.

Peperangan telah memusnahkan kawasan pinggir pantai yang penuh sesak, memusnahkan rumah, sekolah dan hospital serta mewujudkan krisis kemanusiaan yang teruk. – Agensi

PERANG TERUS

BIAR PUTIH TULANG

JANGAN

HILANG NEGARA

AMIN

Tiada ulasan: