1MDB: Itu bukan tandatangan Najib – Pendakwaan
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini diberitahu bagaimana pasukan pendakwaan mewakili Najib Razak menyatakan bahawa tandatangan yang tertera pada lima resolusi pekeliling (DCR) bukan milik bekas Perdana Menteri itu.
Bagaimanapoun, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin tidak bersetuju dengan perkara itu apabila beliau disoal Peguambela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhurddin.
Wan Azwan berkata, tandatangan Najib tidak sepadan pada lima dokumen DCR untuk 1MDB mendapatkan pinjaman AS$975 juta daripada Deutche Bank AG.
Peguam tersebut membandingkan tandatangan pada lima dokumen itu engan dokumen lain yang mempunyai tandatangan Najib yang disahkan.
Nur Aida berkata, kesemua tandatangan itu serupa dan ia milik Najib.
Wan Azwan: Saya cadang kepada anda, pergerakan tandatangan adalah dari kanan kemudian kiri. Jadi adakah anda setuju bahawa ini bukan tandatangan Datuk Seri Najib?
Aida: Tidak. Tandatangan ini sama.
Wan Azwan: Tidak, saya kata tandatangan-tandatangan ini tidak sama dengan Najib. Adakah anda setuju sebenarnya tandatangan Najib dipalsukan untuk mengelirukan Lembaga Pengarah 1MDB bagi tujuan luluskan transaksi ini?
Aida: Saya tidak setuju.
Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.
Pada 2014 1MDB membuat pinjaman sebanyak AS$975 juta untuk membeli balik saham syarikat pelaburan Malaysia itu dalam Aabar Investment PJS. MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan