Jumaat, 3 Mei 2024

KAPAL ISRAEL DI PERLABUHAN KLANG ?


Kapal kargo milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang?

Sebuah kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari Malaysia minggu lalu, kurang lima bulan selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kapal milik negara Zionis itu dilarang menggunakan pelabuhan di negara ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Semakan MalaysiaNow menggunakan Marine Traffic, aplikasi yang mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa, mendapati kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China.

Zim Rotterdam, dengan nombor Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO) 9398450, berlayar menggunakan bendera negara Afrika, Liberia.

Penemuan itu dijangka menimbulkan persoalan sama ada pihak berkuasa Malaysia gagal menguatkuasakan larangan serta merta dan kekal seperti yang diumum Anwar pada Disember lepas, tindakan yang turut dilaporkan media antarabangsa dan menerima pujian mereka yang bersimpati dengan perjuangan Palestin.

Susulan arahan tersebut, sebanyak 4,000 kontena milik syarikat berkenaan tersadai di beberapa pelabuhan di Malaysia terutamanya di Pelabuhan Klang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat itu perlu menguruskan sendiri kontena miliknya menggunakan syarikat lain.

MalaysiaNow sedang cuba mendapatkan respons Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang serta pihak yang berkait termasuk Loke berhubung perkembangan terbaru ini.

Sementara itu, dalam reaksinya, bekas ketua pegawai eksekutif Majlis Getah Malaysia Nurul Islam Mohamed Yusoff menuntut penjelasan kerajaan mengenai perkembangan itu.

"Kerajaan Madani perlu jawab bagaimana dan kenapa kapal ini dibenarkan berlabuh," kata bekas pengarah pilihan raya Pemuda PAS itu dalam satu hantaran Facebook

WOIT

BETUL KE 

BERITA INI ?

AMIN

CAKAP BUKAN

MAIN HEBAT

TAPI BUAT LAIN

AMIN

KALAU HOUTHI

TAHU KAPAL INI

PASTI KENA DRONE

KAH KAH  KAH

KHALAS 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masa larang buat heboh di media.. macam tak kenal nuar.. kah kah kah