Malaysia juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024
KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw negara mempamerkan aksi luar biasa apabila meraih gelaran berganda pada saingan Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa malam ini.
Skuad negara melengkapkan malam gemilang mereka apabila turut menjuarai saingan regu menerusi kemenangan ke atas Thailand pada aksi final selepas mengungguli acara beregu ke atas lawan sama.
Menerusi acara beregu, trio negara yang dibarisi Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) tampil dengan aksi bergaya untuk menumbangkan regu Thailand, Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha) 15-8, 15-12 di hadapan kira-kira 3,000 penyokong yang hadir.
Sebagai rekod, kali terakhir regu Malaysia berjaya menumbangkan Thailand adalah pada saingan Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.
Kemenangan regu negara menambahkan koleksi kejuaraan Malaysia pada edisi Piala Dunia tahun ini gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin menjuarai acara beregu
Pingat emas dalam kedua acara itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan