Khamis, 6 Jun 2024

BOM NUKLEAR - AMARAN PUTIN



Jangan andaikan Russia tidak akan guna senjata nuklear - Putin


ST PETERSBURG: Presiden Russia, Vladimir Putin, mengingatkan kuasa Barat supaya jangan mengandaikan ia tidak akan gunakan senjata nuklear jika diancam.

Malah, beliau mengakui sedang mempertimbangkan pelancaran peluru berpandu konvensional jarak dekat terhadap Syarikat Amerika (AS) dan sekutunya.

Katanya ia bertujuan menghantar mesej jelas kapada AS dan sekutunya yang semakin ghairah membantu Ukraine melancarkan serangan ke dalam wilayah Russia.

Pencerobohan besar-besaran Russia ke atas Ukraine sejak 2022 menyebabkan kerosakan terburuk dalam hubungan antara negara itu dan Barat sejak Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962 dengan Kremlin berulang kali memberi amaran risiko perang global semakin meningkat.

Putin, yang bercakap secara bersemuka dengan Pengarang Kanan agensi berita antarabangsa buat pertama kali sejak perang di Ukraine bermula, menolak dakwaan Barat mengatakan Russia boleh menyerang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai tindakan 'bodoh', memetik kekuatan tentera perikatan itu.

Namun apabila ditanya mengenai risiko perang nuklear, pemimpin Kremlin berusia 71 tahun itu berkata, doktrin nuklear Russia membenarkan penggunaan senjata.

"Lihat apa yang dikatakan, kami mempunyai doktrin nuklear. Jika tindakan seseorang mengancam kedaulatan dan integriti wilayah kami, kami mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan semua cara yang kami boleh gunakan.

"Jadi ia tidak boleh dipandang ringan atau sambil lewa. Atas sebab tertentu, Barat percaya Russia tidak akan menggunakannya," kata Putin ketika ditanya oleh Reuters mengenai risiko penggunaan senjata nuklear, dalam temubual selama lebih tiga jam.

Doktrin nuklear 2020 Russia yang diterbitkan menetapkan syarat presidennya boleh mempertimbangkan untuk menggunakan senjata nuklear.

Ini secara umum sebagai tindak balas terhadap serangan menggunakan nuklear atau senjata pemusnah besar-besaran lain atau kepada penggunaan senjata konvensional terhadap Russia 'apabila negaranya dalam keadaan terancam'.

Bagaimanapun, Putin menolak dakwaan Barat bahawa Russia akan menggunakan senjata nuklear dan mengingatkan bahawa AS adalah satu-satunya negara yang menggunakan senjata nuklear dalam peperangan selepas menyerang bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki pada 1945.

Dalam pada itu, Putin memberi amaran keputusan Barat membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu Barat yang lebih berkuasa untuk menyerang wilayahnya berupaya mempertingkatkan krisis perang lebih serius dan berkata senjata sedemikian perlu dikendalikan sistem dan kakitangan Barat.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden, memberi kuasa kepada Kyiv untuk melancarkan senjata yang dibekalkan negaranya ke sasaran tentera di dalam Russia.

Bagaimanapun, Washington masih melarang Kyiv daripada menyerang Russia dengan ATACMS, yang mempunyai jarak sehingga 300 kilometer (km) serta senjata jarak jauh lain yang dibekalkan AS.

Ditanya mengenai keputusan Barat, Putin membezakan antara senjata berbeza tetapi berkata, penggunaan ATACMS atau peluru berpandu British Storm Shadow terhadap Russia boleh membawa kepada tindak balas lebih keras daripada Moscow.

Pemimpin Barat dan Ukraine mengenepikan amaran Russia mengenai risiko perang yang lebih luas membabitkan Russia, kuasa nuklear terbesar di dunia, namun berulang kali memberi amaran Putin mungkin menyerang ahli NATO, pakatan tentera paling berkuasa di dunia yang diketuai AS.

Kedua-dua pemimpin, Putin dan Biden berkata, konflik langsung antara Russia dan NATO akan menjadi langkah ke arah tercetusnya Perang Dunia Ketiga. - REUTERS

AMERIKA & NATO

SILA DENGAR

AMIN

RUSIA DAH

BERI AMARAN

AMIN

BOM NUKLEAR

AKAN MELEDAK

JIKA WUJUDIAH

RUSIA DIANCAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: