Jumaat, 14 Jun 2024

KEPUTUSAN DI LUAR TABII


AS pulang RM720 juta dana 1MDB kepada Malaysia

MALAYSIA akan menerima RM721.4 juta daripada Amerika Syarikat (AS) hasil dana yang diperoleh daripada aset dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan berkata beliau bertemu dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 11 Jun untuk membincangkan berkenaan dana itu, iaitu ansuran keempat dana yang diperoleh daripada rampasan aset berkaitan 1MDB di AS.

“Kami gembira kerana peringkat keempat aset daripada siasatan Jabatan Kehakiman AS ini dipindahkan kembali ke Malaysia.

“Sejumlah wang dengan nilai yang luar biasa ini akan kembali kepada rakyat Malaysia di mana ia sepatutnya berada dan di mana ia akhirnya boleh digunakan untuk tujuan asalnya – memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia setiap hari,” kata Kagan.

Ini bermakna Malaysia akan menerima dana diselewengkan daripada 1MDB sebanyak AS$1.4 bilion dari AS.

Pegawai 1MDB serta keluarga dan sekutu mereka dipercayai menyeleweng lebih AS$4.5 bilion daripada syarikat pelaburan negara itu.

Pengubahan wang haram itu dilakukan dalam siri transaksi yang rumit dan syarikat palsu dengan beberapa akaun bank di AS dan luar negara. – 14 Jun, 2024.

KES 1MDB NAJIB

MASIH BERJALAN

AMIN

JIKA KES INI

NAJIB TAK SALAH

INI NAMANYA KES

BICARA

DI LUAR TABII

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: