Serangan Israel bunuh orang awam di selatan Beirut
BEIRUT: Seorang orang awam terbunuh akibat serangan Israel di selatan Lubnan, semalam.
Media rasmi Lubnan melaporkan mangsa yang terkorban ialah seorang pekerja syarikat air tempatan.
Kejadian itu berlaku selepas kumpulan Hezbollah berpusat Lubnan berkata, mereka menyasarkan kedudukan tentera Israel berikutan serangan di timur Lubnan yang mengorbankan tiga pejuangnya, beberapa jam selepas pergerakan yang disokong Iran menjatuhkan dron Israel.
Pegawai Agensi Berita Nasional berkata, dron musuh melakukan serangan di Naqura dan melaporkan orang awam yang cedera parah dalam serangan itu meninggal dunia.
Agensi itu menerbitkan kenyataan dari Lembaga Air Selatan Lubnan yang memaklumkan seorang pekerjanya terbunuh ketika menjalankan tugas untuk memastikan penyambungan bekalan air di Naqura.
Kenyataan itu menggesa badan rasmi dan pihak antarabangsa untuk mengutuk tindakan berkenan dan menekan Israel untuk menghentikan serangan ke atas pekerja dan sektor penting.
Sementara itu, Hizbullah memberitahu tiga pejuangnya meninggal dunia di kawasan Hermel di timur Lubnan.
Sebuah bangunan di wilayah Hermel turut musnah sepenuhnya.
Sekutu Hamas, Hizbullah dari Lubnan berbalas tembakan hampir setiap hari dengan tentera Israel sejak 7 Oktober lalu, dengan keganasan semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Isnin lalu, Hizbullah berkata, mereka menembak jatuh dron Israel di Lubnan.- AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan