Khamis, 25 Julai 2024

HANTAR ASKAR BANGSA BERSATU KE GAZA


Rundingan gencatan senjata Gaza 'pada peringkat akhir' - AS

WASHINGTON: Rundingan gencatan senjata di Gaza dikatakan berada di peringkat akhir, dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membincangkan jurang yang masih ada pada Khamis.

Seorang pegawai kanan AS, dalam taklimat kepada pemberita sebelum perbincangan dua pemimpin itu, berkata halangan selebihnya boleh diatasi dan akan ada lebih banyak mesyuarat bagi mencapai perjanjian antara Israel dan Hamas minggu depan.

Pejuang Hamas menyerbu selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan menawan 250 tawanan, menurut jumlah Israel, mencetuskan perang di mana hampir 40,000 penduduk Gaza terbunuh.

Hamas dan pejuang lain masih menahan 120 tebusan, yang mana Israel percaya sekitar satu pertiga daripada mereka sudah mati.

Berbulan-bulan rundingan menerusi AS, Qatar dan Mesir selaku negara pengantara gagal menghasilkan perjanjian untuk membebaskan baki tebusan yang tinggal.

Pegawai kanan AS berkata kedua-dua Israel dan Hamas masih mempunyai beberapa isu untuk diselesaikan tetapi perjanjian sudah hampir dicapai.

Difahamkan, ini merangkumi gencatan senjata selama enam minggu akan berlaku sebagai pertukaran untuk pembebasan wanita, lelaki tua dan tebusan yang cedera dalam tempoh 42 hari.

"Ia adalah satu rundingan yang sangat berbeza sekarang berbanding sebulan yang lalu apabila kami mempunyai beberapa isu asas yang tidak dapat diselesaikan," kata pegawai itu.

Biden akan mengadakan perbincangan dengan Netanyahu dan kemudian Naib Presiden, Kamala Harris akan mengadakan pertemuan berasingan dengan pemimpin Israel itu.

Harris mengambil alih sebagai calon pilihan Demokrat dalam pemilihan presiden AS November ini menentang calon Republikan, Donald Trump, selepas Biden memilih untuk tidak bertanding semula.

Pegawai kanan AS berkata kedua-dua Biden dan Harris 'mempunyai pemahaman yang selari' mengenai dasar AS terhadap Israel dan Gaza.

"Orang Israel akan mendengar penjelasan penuh mengenai apa yang akan dikemukakan sebagai penyelesaian jangka panjang bagi konflik Israel-Palestin ini," katanya. - REUTERS

RUNDINGAN ?

PERENGKAT

AKHIR?

AMIN

DAH BERAPA

KALI DI DENGAR

AMIN

HANTAR ASKAR

BANGSA BERSATU

BARU BOLEH

SELESAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: