Ahad, 28 Julai 2024

HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO




Ahli UMNO berhenti serang, ugut parti sendiri

PASIR GUDANG – Ahli UMNO perlu berhenti menyerang parti sendiri dengan mengkritik serta membuat pelbagai tuntutan dan ugutan dalam keadaan parti masih lemah.

Naib Presiden UMNO,  Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan tersebut hanya membuatkan parti dan kepimpinan tertingginya berada dalam keadaan tersepit.

“Jadi, atas sebab itulah jangan kita meletakkan parti dan kepimpinan dalam keadaan tersepit. Saya akui kadang-kadang parti dalam dilema, dilema dengan desakan-desakan sedangkan kita ini lemah.

“Kita tidak mempunyai pilihan, kita didesak, dituntut dan diugut macam seolah-olah kita ini dominan dalam kerajaan hari ini. Seolah-olah terlupa UMNO hanya ada dalam kerajaan kerana berkongsi kuasa.

“Justeru, janganlah menyerang parti mendesak dengan tuntutan yang boleh menyebabkan pergeseran antara parti yang sama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Seri Alam di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pada masa ini adalah lebih penting buat parti mengatur langkah dan meneruskan perjuangan UMNO dengan politik khidmat bakti.

Katanya, tiada guna untuk berterusan mendesak parti meninggalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi hubungan antara parti dalam Barisan Nasional dan PH.

“Apabila calon Kerajaan Perpaduan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Baharu, Selangor suara ini tidak kedengaran. Namun, apabila tewas di PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang, ada yang desak kaji semula posisi dalam Kerajaan Perpaduan.


“Ahli UMNO dan akar umbi kena terima hakikat kedudukan parti dalam Kerajaan Perpaduan. Oleh itu, lebih baik tumpu untuk memperkuatkan semula parti, mudah-mudahan ia akan menyumbang kepada kejayaan UMNO dan BN di Johor,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu mengingatkan ahli dan pemimpin UMNO untuk tidak menjadi alat kepada musuh parti untuk melemahkan UMNO dan bertelagah sesama sendiri yang hanya akan merugikan.

Tambahnya, usaha pemulihan parti perlu dilakukan termasuk mengembalikan semula kepercayaan dan pengaruh UMNO dalam kalangan orang Melayu.- 


BILA ILANG

KUASA GADUH

BERTERUSAN

AMIN

SELAMATKAN

MALAYSIA LANTIK

ZAHID JADI

PRESIDEN UMNO

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Rank&File berkata...

Terrrr...paksa sokong walaupuan dijadikan kerbau yang hidungnya sudah dicucuk untuk menarik bajak sawah oleh bos dipelirman. Kalau tak sokong jawatan menteri pun terbang.

Tanpa Nama berkata...

MIC masih MIC, MCA masih MCA, gerakan masih gerakan, UMNO sudah jadi s46, PAS, bersatu PKR NGO semakin berpecah belah menunggu retak, asyik Palestin asyik Yahudi asyik salahkan orang tetapi upaya sendiri semakin masuk longkang, semuanya nak kaya semua nak jaga anak beranak kah kah kah bukan sebab musuh kuat tetapi kita sendiri pun tidak layak melawan asyik kampau kah kah kah