Khamis, 11 Julai 2024

KES DI LUAR TABII


Peguam persoal perkembangan kes pukul pemandu OKU


PEGUAM kepada lelaki kurang upaya (OKU) yang diserang dalam satu insiden pada awal bulan lalu, mendesak polis memberikan perkembangan siasatan kes itu.

Latheefa Koya yang mewakili Ong Ing Keong, seorang pemandu e-hailing yang cacat pendengaran, berkata sudah lebih sebulan sejak insiden itu tetapi tiada maklumat terkini diterima.

Ketua polis negara pada 5 Jun berkata kertas siasatan kes itu sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Sudah lebih sebulan. Tiada individu didakwa kerana menyerang Ong. Tiada tangkapan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ini adalah kes serangan yang jelas dirakamkan dalam video menerusi kamera papan pemuka. Bukti sudah diserahkan kepada polis. Saya sendiri melihat rakaman video itu. Memang jelas serangan dilakukan terhadap Ong.”

Beliau berkata sikap berdiam diri pihak berkuasa tidak boleh diterima dan menggesa Pejabat Peguam Negara dan polis menjelaskan kelewatan itu.

Katanya, pihak berkuasa sepatutnya bertindak mengikut undang-undang.

Pada 28 Mei, Ong membuat laporan polis mendakwa diserang oleh pemandu Tunku Mahkota Johor ketika beliau sedang menunggu penumpangnya di lobi Hotel St Regis di KL Sentral.

Pada 5 Jun, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis sudah melengkapkan siasatan selepas mengambil keterangan daripada 12 individu termasuk mangsa, pekerja hotel dan rombongan orang kenamaan terbabit. – 11 Julai, 2024.

DAH SIASAT

DAH AMBIL

KETERANGAN

APA LAGI ?

AMIN

JANGAN JADIKAN

KES OKU INI

KES DILUAR TABII

HILANG 

DITENGAH JALAN

AMIN

KHALLAS

Tiada ulasan: