PENEMBAK
TRUMP DALAM
IKLAN
BLACKROCK
AMIN
Tian Chua
ronteoSdsp38hi626t4a43273l
hg6928igilg21i
·
Kemunculan penembak Trump dalam iklan Blackrock mungkin cuma adalah kebetulan. Walau bagaimanapun, ia juga meningkatkan kita untuk merenung prinsip etika dan sifat industri persenjataan.
Blackrock dan rakannya Vanguard adalah pelabur terbesar dalam pembuatan senjata api. Blackrock merupakan salah satu pelabur terbesar dalam syarikat-syarikat pengilangan senjata peribadi seperti Sturm Roger &Co., Vista Outdoor Inc., dll.
Beribu-ribu orang di Amerika mati dalam keganasan senjata api setiap tahun. Ini menjadikan Amerika Syarikat masyarakat yang paling banyak kelakuan keganasan di negara-negara OECD.
Korporat seperti Blackrock menjadi sebab utama senjata milik persendirian membanjiri masyarakat Amerika. Industri senjata api adalah penghalang terbesar kepada advokasi untuk kawalan senjata oleh masyarakat sivil AS.
Blackrock ialah syarikat yang mengaut keuntungan daripada pembunuhan orang ramai. Ia tidak harus dialu-alukan di negara kita.
Sesetengah orang berkata bahawa Blackrock telah melabur kira-kira RM15 bilion di Malaysia. Jadi, sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan dasar pelupusan (divestasi) yang ketat untuk mengurangkan kehadiran Blackrock. Runding dengan aktivis dalam gerakan BDS jika kerajaan serius terhadap solidariti antarabangsa.
Ekonomi Malaysia sepatutnya bebas daripada pergantungan kepada konglomerat kapitalis yang jahat dan tamak, demi menjaga kepentingan negara.
#TolakBlackrock
#selamatkanMAHB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan