Isnin, 5 Ogos 2024

BANGLADESH DALAM DARURAT


Sekurang-kurangnya 27 lagi terbunuh akibat pertempuran, Bangladesh isytihar perintah berkurung


DHAKA: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan lebih ramai lagi cedera dalam pertempuran di Bangladesh hari ini, ketika polis melepaskan gas pemedih mata dan melontar bom tangan untuk menyuraikan puluhan ribu penunjuk perasaan yang menggesa Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam negeri mengisytiharkan perintah berkurung tanpa had di seluruh negara bermula jam 6 petang (1200 GMT) mulai hari ini.

Ia adalah langkah yang pertama kali diambil dalam menangani protes semasa yang berlanjutan sejak bulan lalu.

Pergolakan yang mendorong kerajaan untuk menutup perkhidmatan internet, adalah ujian terbesarnya sejak protes maut meletus selepas Hasina memenangi penggal keempat berturut-turut pada pilihan raya Januari yang diboikot oleh pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh.

Pengkritik Hasina bersama-sama kumpulan hak asasi manusia mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu menggunakan kekerasan melampau untuk menghapuskan gerakan antikerajaan namun tuduhan itu dinafikan beliau dan barisan menterinya.

Penunjuk perasaan hari ini bertindak menyekat lebuh raya utama ketika penunjuk perasaan pelajar melancarkan program bukan kerjasama untuk mendesak agar pimpinan kerajaan meletak jawatan dan keganasan merebak ke seluruh negara.

"Mereka yang membuat bantahan di jalanan sekarang bukan pelajar, tetapi pengganas yang mahu menggugat kestabilan negara.

"Saya merayu kepada semua rakyat untuk menyekat pengganas ini dengan bersatu hati," kata Hasina selepas mesyuarat panel keselamatan negara.

Menurut saksi, dua pekerja binaan terbunuh dalam perjalanan ke tempat kerja dan 30 cedera di daerah tengah Munsiganj ketika pertempuran tiga penjuru penunjuk perasaan, polis dan aktivis parti pemerintah.

Sementara itu, polis berkata pihaknya tidak melepaskan sebarang peluru, namun apabila beberapa bahan letupan improvisasi diletupkan sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai medan pertempuran.

Dalam pada itu, menurut saksi, di daerah timur laut Pabna, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 50 cedera ketika berlakunya pertempuran antara penunjuk perasaan dan aktivis Liga Awami yang diterajui Hasina.

Selain itu, menurut pegawai hospital, dua lagi terbunuh dalam keganasan di daerah utara Bogura dan 20 terbunuh di sembilan daerah lain.

"Serangan ke atas hospital tidak boleh wajar berlaku.

Semua orang mengelak daripada berlaku perkara ini," kata Menteri Kesihatan, Samanta Lal Sen selepas sekumpulan perusuh menyerbu hospital kolej perubatan dan merosakkan kemudahannya dan membakar kenderaan termasuk ambulans, di ibu negara, Dhaka.

Dalam protes yang berlaku kali kedua baru-baru ini, kerajaan menutup perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, kata pengendali mudah alih, manakala platform media sosial Facebook dan WhatsApp tidak dapat beroperasi walaupun melalui sambungan jalur stabil.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya 150 orang terbunuh, beribu-ribu cedera dan kira-kira 10,000 ditangkap dalam keganasan yang diketuai oleh kumpulan pelajar yang membantah kuota untuk pekerjaan kerajaan.

Protes berhenti seketika selepas Mahkamah Agung membatalkan kebanyakan kuota, tetapi pelajar kembali ke turut melakukan protes jalanan dalam protes sporadis minggu lalu, menuntut keadilan untuk keluarga mereka yang terbunuh. - REUTERS

AWALNYA 

BERDEMO KERANA

KOUTA KERJA

AMIN

KINI DEMO LAWAN

KERAJAAN

YANG ZALIM

AMIN

BELUM NAMPAK

JALAN SELESAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: