Khamis, 22 Ogos 2024

BLACKROCK PUNCA SENJATA ISRAEL



Biden desak Netanyahu setuju gencatan senjata ketika rundingan terbantut

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Rabu mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mencapai perjanjian gencatan senjata Gaza dengan Hamas ketika rundingan mengenainya terbantut.

Biden dan Netanyahu bercakap beberapa jam selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menamatkan lawatan ke Asia Barat yang bertujuan mencapai persetujuan ketika ketegangan meningkat di rantau itu.

Dalam satu kenyataan di X, Biden berkata, beliau 'menjelaskan bahawa perlu kepada gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan serta membincangkan perbincangan akan datang di Kaherah untuk menghapuskan sebarang halangan yang tinggal'.

Beliau juga memberitahu Netanyahu mengenai 'usaha AS untuk menyokong pertahanan Israel terhadap ancaman Iran dan kumpulan pejuang proksinya', selepas Tehran mengancam membalas dendam atas pembunuhan seorang pemimpin tertinggi Hamas di Tehran.

Rumah Putih secara berasingan dalam satu kenyataan, memaklumkan presiden AS 'menekankan keperluan mendesak' untuk mencapai perjanjian itu.

Naib Presiden AS, Kamala Harris, yang menggantikan Biden sebagai calon presiden Demokrat untuk menghadapi calon Republikan, Donald Trump pada pilihan raya AS November, turut mengambil bahagian dalam perjumpaan itu.

Akhbar Axios berkata, sebelum ini Biden bersedia untuk mendorong Netanyahu supaya lebih fleksibel dalam rundingan yang sedang diuruskan oleh AS, Mesir dan Qatar.

Ia berkata, pemimpin AS itu akan menumpukan pada tuntutan supaya Israel mengekalkan kawalan ke atas Koridor Philadelphi, sempadan antara Gaza dan Mesir yang dirampas tentera Israel daripada Hamas.

Israel mendakwa, Hamas bergantung pada terowong untuk membawa masuk senjata.

Biden menyokong Israel sejak serangan Hamas pada 7 Oktober, membekalkan negara itu dengan sejumlah besar bantuan ketenteraan sebagai matlamat untuk memusnahkan kumpulan pejuang Palestin.

Bagaimanapun, hubungan menjadi tegang antara pemimpin AS dan Israel, dengan Biden menyeru Israel untuk mengurangkan korban awam.

Serangan 7 Oktober ke atas Israel selatan mengakibatkan kematian 1,199 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel. - AFP


CARA NAK

ADA GENCATAN

SEJATA MUDAH

AMIN

BIDEN HALANG

BLACKROCK

BEKAL SENJATA

AMIN

AMERIKA HENTI

BERI DANA

PADA ISRAEL

SEMAU AKAN

SELESAI

AMIN

Tiada ulasan: