Ahad, 25 Ogos 2024

CAKAP SAJE



Titah adendum: Pemuda UMNO mungkin mohon menghadap Sultan Pahang

“Mungkin kita boleh mohon menghadap Sultan Pahang untuk kita dapatkan apakah tindakan seterusnya.

“Kita tunggu juga respon (daripada kerajaan) kerana ia telah diserahkan kepada kerajaan.

“Jika ada, kenapa tidak dilaksanakan, jika tiada kenapa? itu sahaja,” katanya.

Akmal berkata demikian ketika mengulas pertanyaan media setelah tiada respon daripada kerajaan perpaduan semasa sidang media sejurus Perhimpunan Agung UMNO (PAU2024) berakhir hari ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Tambah Akmal, Pemuda UMNO mahu keadilan sewajarnya diberikan kepada Najib.

Sebelum ini, Pemuda UMNO Pahang meminta kepimpinan tertinggi UMNO memberi penjelasan sama ada wujud atau tidak titah adendum agar Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Setiausaha Pemuda UMNO Pahang, Mohd Azly Norzan berkata, ini kerana perkara tersebut masih tergantung dan mencetuskan persoalan sehingga kini.

Sebelum ini, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan itu, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Titah Adendum berkenaan supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung kewujudan titah adendum (perintah tambahan) Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Hakim, Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit difailkan bagi menyokong permohonan Najib termasuk oleh Ahmad Zahid dan Naib Presiden,  Wan Rosdy Wan Ismail, adalah bersifat dengar cakap. – 



NAK JUMPA

X AGONG NI

DAH  LAMA

RAKYAT DENGAR

AMIN

TAPI TAK

JUMPA JUMPA

KAH KAH  KAH

JADI RETORIK

KEMPEN POLITIK

KAH KAH KAH

KESIAN NAJIB

NAZAK SORANG DIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: