Isnin, 12 Ogos 2024

KEMPEN ZAHID SEMANGAT 47

 


Saya letak jawatan tiada kaitan dengan nasihat kepada Zahid bubar Umno, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad berkata peletakan jawatannya yang membawa kepada kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) empat tahun lalu tidak ada kaitan dengan nasihatnya kepada Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan Umno, menolak dakwaan kononnya presiden parti Melayu itu mendalangi "kejatuhan" bekas perdana menteri itu.

"Itu bukan sebab saya letak jawatan, saya letak jawatan bukan dipaksa oleh sesiapa," kata Mahathir dalam wawancara bersama MalaysiaNow hari ini.

Sabtu lalu, Zahid dalam apa yang dilihat sebagai usaha meraih sokongan ahli Umno, mendakwa beliau adalah "dalang utama" dalam usaha "menjatuhkan" Mahathir demi menyelamatkan Umno daripada diharamkan oleh pentadbirannya.

Zahid berkata kewujudan usaha itu disahkan oleh presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Anwar beritahu kami bahawa kertas untuk mengharamkan Umno sudah ada di atas meja menteri dalam negeri," kata Zahid, merujuk Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Mahathir bagaimanapun berkata punca beliau meletak jawatan ialah kerana Bersatu menolak nasihatnya, dan ia menunjukkan partinya "sudah hilang kepercayaan kepada saya". 

"Biasanya kalau kita hilang kepercayaan, kita tidak lagi boleh meneruskan peranan kita. Kita perlu letak jawatan. Itulah sebabnya yang saya letak jawatan," kata Mahathir.

Peletakan jawatan Mahathir pada Februari 2020 berlaku selepas Bersatu, yang ketika itu sebahagian komponen PH, memutuskan kerjasama dengan gabungan itu.

Beberapa pimpinan utama PKR seterusnya menyertai Bersatu bagi membentuk kerajaan baru dalam apa yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton”, yang turut disertai beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Ia berlaku selepas pemimpin PKR, DAP dan Amanah terus memberikan tekanan kepada Mahathir untuk memberi ruang kepada Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri.

Mahathir hari ini menceritakan apa yang diberitahunya kepada Zahid yang datang berkunjung beliau tidak lama selepas pilihan raya umum 2018 yang menumbangkan Umno.

"Dia datang jumpa saya, dan saya beritahu kepada dia, Umno dah kalah, sekarang Umno sudah tidak relevan kerana tidak pegang kepada asas perjuangan Umno, sebaliknya sudah jadi sebuah parti yang utamakan wang. 

"(Jika) tak pegang kepada asas penubuhan Umno, jadi bukan Umno sebenarnya," kata Mahathir, yang pernah mengemudi Umno selama lebih dua dekad.

"Saya kata adalah lebih baik kalau Umno ini tidak diteruskan. Tetapi terpulang kepada dialah apa yang dia nak lakukan."

WOIT

MADEY NI 

TAK BAGI CHAN

PADA ZAHID

KAH KAH KAH

INI KEMPEN 

SEMANGAT 47

 ZAHID

NAK TERUS 

JADI PRESIDEN

AMIN

INI BERITA BAIK

UNTUK PERIKATAN

 AMIN 

KHALAS


1 ulasan:

Rank&File berkata...

Zahid dah takde modal nak naikkan saham. Ni mesti raja formula bagi dia formula camne nak kekal jadi presiden UMNO. Lembu punya susu sapi nak ambik nama...porrah. Omputih kata Zahid can tell that to the marines