Jumaat, 9 Ogos 2024

MALAM MAKIN PANAS



Perubahan iklim naikkan suhu malam jadi semakin panas

PARIS: Hampir satu daripada tiga orang di seluruh dunia mengalami peningkatan suhu pada waktu malam dengan ketara akibat perubahan iklim, yang disebabkan oleh perbuatan manusia, menurut analisis global.

Suhu waktu malam yang tinggi boleh menjadi berbahaya jika ia menghalang tubuh manusia daripada menyejuk dan pulih daripada haba siang hari.

Justeru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan suhu bilik pada atau di bawah 24 darjah Celsius dikekalkan pada waktu malam, jika inginkan tidur yang selesa.

Suhu itu amat penting terutama kepada bayi, orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik.

Bagaimanapun, menurut kumpulan saintis bebas dan penganalisis iklim, Climate Central, pembakaran arang batu, minyak dan gas yang mengakibatkan pemanasan iklim dengan mencetuskan peningkatan suhu pada malam hingga melebihi 25 darjah Celsius.

Sekitar 2.4 bilion penduduk dunia mengalami kepanasan malam sekurang-kurangnya dua minggu tambahan secara purata setiap tahun sepanjang sedekad lalu apabila suhu tidak turun di bawah tahap 25 darjah Celsius pada waktu malam.

Tahun ini menyaksikan banyak rekod suhu panas dipecahkan apabila suhu melampau mencengkam sebahagian besar dunia dari India ke Arab Saudi dan Mexico, dengan suhu kekal tinggi pada waktu malam.

Negara Caribbean, Trinidad dan Tobago, mengalami peningkatan terbesar berbanding mana-mana negara, dengan tambahan 47 malam setahun melebihi 25 darjah Celsius manakala Mumbai, India mengalami tambahan dua bulan malam yang panas.

Menurut ketua saintis di Institut Laureate untuk Penyelidikan Otak, Nick Obradovich, suhu waktu malam yang lebih panas, terutama semasa musim panas dalam setahun, boleh memudaratkan tidur dan mengurangkan pemulihan fizikal daripada suhu siang hari yang panas, sekali gus memberi kesan kepada kesihatan.

"Suhu dibawah 25 darjah Celsius baik untuk kesihatan, sekiranya tinggi, ia akan memberi kesan lebih teruk, tetapi berbeza-beza bagi setiap orang," katanya.

Bagaimanapun, apabila haba digabungkan dengan tahap kelembapan yang tinggi, akibatnya boleh membawa maut.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa suhu malam melebihi 25 darjah Celsius merosotkan kualiti dan tempoh tidur yang penting untuk manusia berfungsi serta berupaya meningkatkan risiko strok, masalah kardiovaskular dan kematian.

Warga tua dan orang berpendapatan rendah terjejas secara tidak seimbang, menerusi kajian dilakukan penyelidik sebelum ini. - AFP

WOIT

MALAM SEJUK

BAWAH POKOK

UNTUK BEROMEN

DAH TAMAT

AMIN

APA AKAN JADI

PADA DUNIA KITA

INI ?

AMIN

SIANG PANAS

MALAM PANAS

AMIN

PAKAI AIRCON

BIKIN DUNIA

LAGI PANAS

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau beromen dgn anjing2 kau tak perlu panas atau sejuk, Dol.

Tanpa Nama berkata...

yang penting .. pakai kondom xde jakim..