MEI 13
DI ENGLAND
Mei13 di Kuala Lumpur berlaku pada tahun 1969. Tragedi berdarah Mei13 adalah manifestasi kemarahan Bani Melayu terhadap pendatang asing. Kemarahan Bani Melayu telah lama membara. Ianya meletus sesudah berlangsung PRU3 pada Sabtu 10 Mei 1969.
Mei13 adalah manifestasi kemarahan.
Mei13 di England berlaku pada Rabu 29 Julai 2024. Kenapa di panggil Mei13 walhal ianya berlaku pada bulan Julai ? Bentrokan berlaku di England dan di United Kingdom – di Wales dan Ireland.
Untuk saya Mei13 ini telah menjadi nama khas. Mei13 bermakna kesedaran anak tempatan – bumiputera – bangun melawan pendatang asing.
Persoalan Mei13 di United Kingdom (UK ) ini akan cuba dituntaskan dalam tulisan ini. Bila saya menggarap tulisan ini tunjuk perasaan, keganasan penunjuk perasaan, pembakaran masih lagi sedang berlaku di beberapa buah bandar di England.
Media dunia sedang heboh melapor apa yang sedang terjadi di UK.
Latar belakang Mei13 di England ini bermula pada 29 Julai 2024. Satu serangan pisau telah berlaku di bengkel yoga dan tarian kanak-kanak. Tiga kanak-kanak maut dan lapan kanak-kanak lain cedera, dengan lima daripada mereka dalam keadaan kritikal. Dua orang dewasa pada majlis itu turut cedera parah.
Tragedi berdarah ini berlaku dalam bandar Southport. Bandar ini tidak jauh dari kota Liverpool. Bandar Inggeris kecil indah ini terletak di tepi laut. Bandar ini tempat bercuti dan bercanda-canda.
Bila tersebar berita anak gadis mati di tikam maka semua warga UK terperanjat. Berita awal tersebar melalui media sosial. Nama Si Penikam tidak muncul. Lalu berita palsu tersebar melalui media sosial. Di beritakan yang menikam pendatang haram. Di beritakan yang menikam warga asing bukan bumiputera Inggeris berkulit putih. Diberitakan yang menikam penganut agama Islam.
Kepantasan laporan media sosial ini tidak dapat di bendung. Merebak macam jerami padi dalam sawah dibakar di masa kemarau.
Nama Si Penikam tidak muncul di media kerana Si Penikam berumur di bawah 18 tahun. Mengikut hukum dan perundangan United Kingdom sosok yang di bawah 18 tahun perlu dilindungi dari media.
Beberapa hari kemudian Si Penikam akan menyambut hari jadi ke 18. Justeru mahkamah membenarkan nama disebar. Langkah mengumumkan nama ini cuba digunakan untuk meredakan keadaan.
Si Penikam – Axel Rudakubana sosok bukan bumiputera. Berkulit hitam lahir di Cardiff Wales. Emak dan ayah pendatang dari Rwanda.
Kepalsuan maklumat awal telah dibetulkan. Tapi warga bumiputera England masih keluar mengamuk. Mereka turun ke jalan raya membakar kereta ketika polis cuba meredakan keadaan. Rumah dan kedai juga cuba di bakar.
Hotel penempatan pendatang haram dan pencari suaka juga cuba dibakar.
Kemarahan bumiputera berkulit putih terhadap pendatang asing meluap dan merebak. Dari Southport merebak ke Cardiff ke Sunderland ke Liverpool ke Manchester ke Leeds ke Nottingham, ke Belfast dan sampai ke Croydon di London.
Bumiputera berkulit putih naik minyak.
Perdana Menteri Keir Starmer dari Parti Buruh yang baru naik takhta tanpa berfikir panjang telah menyalahkan puak ekstrem kanan.
Media dunia melapor - British Prime Minister Keir Starmer on Thursday (August 8, 2024) vowed no “let up” in moves to prevent further far-right riots across England – ini laporan awal dari media UK.
Apakah ini benar ? Apakah ini rusuhan dari puak garis politik kanan?
Apakah makna garis politik kiri dan garis politik kanan ?
Dari segi teorinya mereka yang memiliki pandangan dunia politik kanan ini dianggap kolot tidak progresif. Tidak progresif ini bermakna tidak maju malah mengguna rujukan agama dalam pandangan dunia mereka. Mereka dibaca sebagai penganut fahaman politik konservatif yang menolak perubahan. Dalam politik mereka merayakan kapitalisma.
Garis politik kanan ini ada yang ekstrem memiliki pandangan Nazi. Ini bermakna mereka di pengaruhi oleh pandangan dunia yang melihat kulit putih lebih bijak dari yang tidak berkulit putih.
Garis politik kiri pula memiliki pandangan dunia yang berasakan hak asasi manusia. Pandangan dunia yang lebih terbuka. Merayakan apa yang di kenali sebagai kepelbagaian budaya. Kau kiri klim buta warna.
Hakikatnya garis politik kiri dibaca sebagai yang tidak sehaluan dengan sistem ekonomi kapitalis. Kaum sosialis dianggap berhaluan kiri.
Untuk saya tuduhan dan hujah PM Kier Starmer dibaca terlalu mudah – over simplified. Puak kanan marah pada puak kiri dan puak kiri juga memiliki dendam yang sama. Ini hujah dari sosok yang malas berfikir.
Ini sama seperti menuduh Bani Melayu benci pada pendatang China kerana mereka China. Khalas. Tidak lebih dari itu. Hujah mudah ini meninggalkan budaya, tidak menyentuh ekonomi, tidak ambil kira sejarah dan tanpa analisa kelas.
Pada 20 April 1968 Enoch Powell seorang YB dari Parti Konservatif telah memberi ucapan apa yang di kenali hari ini sebagai ucapan River of Blood – Sungai Berdarah.
Ucapan YB dari parti pembangkang di Birmingham ini memberi ingatan akan bahaya – pergaduhan berdarah jika pendatang yang bukan berkulit putih menerbus masuk beramai-ramai ke United Kingdom. Ucapan ini berlaku ketika kerajaan Parti Buruh sedang membincangkan Akta Hubungan Kaum dan Akta Imigresen.
Pada 29 Julai 2024 dan hari-hari berikutnya darah tumpah di jalan raya di beberapa pekan dan kota di England.
Sekali lagi saya nyatakan tiga anak perempuan yang mati ditikam di Southport bukan penyebab. Mereka hanya retak menunggu belah. Tunjukan perasaan yang ganas dari bumiputera UK wajib dibaca sebagai manifestasi.
Jika kemarahan ini hanya manifestasi maka persoalan muncul : apa sebab musabab yang melahirkan manifestasi ini.
Jawabnya mudah saja – kemasukan imigran ke United Kingdom – inilah puncanya. Seawal 1968 lagi telah ada pemimpin politik yang memberi ingatan hal ini. Tetapi pada tahun 1968 Enoch Powell di tuduh , di cap sebagai pemilik fahaman selari dengan Hitler.
Pasca perang dunia ke dua ekonomi UK mula berkembang. Ketika ini ramai pelarian perang – Yahudi dari Eropah - yang masuk ke United Kingdom. Pelarian perang dan pelarian politik disambut dengan tangan terbuka oleh bumiputera UK.
Karl Marx pelarian politik yang paling terkenal dalam dunia yang diburu oleh mata-mata German telah melarikan diri ke London. Karl Marx telah mendapat suaka politik pada tahun 1849.
Saya sendiri juga telah mendapat suaka politik di London. Malah ketika saya di London saya bertemu dengan pelarian politik dari Afrika Selatan, Iran, Iraq dan Rusia.
Sikap keterbukaan bumiputera Inggeris menerima pelarian politik ini wajib dirayakan. Pada tahun 60’an ke 80’an sosok bukan berkulit putih disambut datang tanpa banyak soal bicara.
Ramai juga pendatang yang bukan pelarian politik atau pelarian perang masuk ke UK. Mereka diterima masuk untuk bekerja dan memburuh. Warga dari West Indies , Caribbean, India dan Pakistan – negara bekas tanah jajahan. Mereka datang sama seperti kita mengalu-alukan Bangla dan Indon datang untuk bekerja dalam negara kita.
Sikap dan nilai kemanusiaan bumiputera Inggeris ini telah disalah gunakan. Hari ini kita terus membaca saban hari ada bot kecil dan pelampung getah dari Peranchis melintas Selat Inggeris membawa pendatang haram untuk diseludup masuk ke United Kingdom.
Data terbaru menunjukkan ada antara 800,000 ke 1.2 juta pendatang haram kini berada di UK. Tahun 2023 saja ada 52,530 yang diseludup masuk.
Kira-kira 29,000 orang dikesan menyeberangi Selat Inggeris dengan bot kecil pada 2023, turun daripada 46,000 pada 2022. Pada awal 2024, bilangan sementara lintasan yang dikesan adalah sekitar 12,600 - meningkat 16% berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pendatang haram ini bila ditangkap oleh pihak berwajib di UK maka mereka akan di beri tempat tinggal makan minum dan duit saku ketika permintaan suaka mereka diuruskan.
Langkah kemanusiaan – hak asasi orang pelarian - ini adalah sebahagian dari hukum hakam UK. Langkah ini tidak menyenangkan bumiputera Inggeris. Mereka merasa dana telah digunakan untuk memelihara pendatang haram. Walhal anak tempatan merasakan mereka di pinggir.
Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.
Inilah perasaan yang telah membara dalam sanubari bumiputera Inggeris di kebelakangan ini. Bumiputera UK merasa hati baik mereka telah diinjak-injak oleh pendatang haram yang baru.
Bagaimana pula sikap bumiputera Inggeris terhadap yang telah lama sampai?
Warga yang telah lama sampai ini juga memberi masalah kepada bumiputera. Pendatang asing ini walau pun telah tinggal lama dan diberi hak yang sama tetapi tidak mengamalkan budaya dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung,
Ramai imigran yang telah bermastautin lama di UK menimbulkan masalah. Mereka hendak menjadikan Manchester atau Liverpool atau London seperti Karachi atau Islamabad.
Ada kumpulan mereka yang mahu hukum Syariah diguna pakai di England. Permintaan ini samalah seperti DAP bahagian Titi Jelebu mahu Sosok China di lantik menjadi Datuk Undang di Jelebu. Cacing telah naik ke mata.
Pada satu ketika dulu jawapan dari sosok yang tidak berkulit putih ialah : rasis. Kumpulan berkulit hitam akan meluangkan mantera rasis.
Konsep rasis ini telah digunakan sebagai bom nuklear untuk meledakkan apa saja kritikan dan bantahan dari bumiputera tempatan.
Masuk ke kurun ini ada satu lagi mantera muncul : Islamophobia.
Apabila bumiputera Inggeris marah maka mereka dituduh sebagai Islamophobia. Walhal tuntutan mereka ini tidak masuk akal. Pendatang yang bukan berkulit putih ini mahu mengubah tatasusila cara hidup masyarakat Barat.
Pada ketika tulisan ini di garap lebih dari 700 tangkapan telah dibuat oleh polis. Seramai 300 telah di bawa ke mahkamah. Pendakwaan dipercepatkan dalam usaha untuk meredakan keadaan.
Apakah keadaan tegang ini akan reda. Sila tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI .COM
3 ulasan:
Kempen tahap bangang UMDAP.. Baru nak adokan ATM dulu KuLi buat apo.. Gentel telo labuh diraja kerja dio...?
Khas pada pengundi akar umbi UMNO dan pengundi atas pagar Nangiri Dan Mahkota saksikan sendiwara bodoh bangang barua barua DAP@LeeKwanYew Wak Jahit dan Tun Mahathir beebunuhan sesama barua...!!
Yang menang kaya raya billion billion lesap dari radar sambil tepok tangan ialah Jho Low Dan kaum Type C .... Lu fikir lah sendiri..!!
https://vt.tiktok.com/ZS28bkEjd/
Saksikan sendiri bahana apa bila jadi barua DAP@LeeKwanYew. Sekor barua badan dah bau tanah kubo sekor lagi sedang di pijak kepala oleh tuan barua nya DAP@LeeKwanYew
...samalah seperti DAP bahagian Titi Jelebu mahu Sosok China di lantik menjadi Datuk Undang di Jelebu. Cacing telah naik ke mata
mari tt masuk ameno.. kah kah kah
Kalau ada 13 mei, guna senjata nuklear sajalah. Biar habis semua sekali. Biar jadi debu semuanya. Harus diingat antara pendatang tu mungkin adalah saintis nuklear. Malaysia pun patut ingat jangan nak gettak dengan 13 mei. Mungkin akan hancur jadi debu akibat senjata nuklear.
Catat Ulasan