635 pengarah syarikat dilarang tinggalkan Malaysia kerana gagal carum KWSP
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyerahkan 635 nama pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen antara Januari hingga Jun untuk disenaraihitamkan daripada meninggalkan negara.
Secara keseluruhan, setakat Jun, KWSP mendapati 13,820 majikan (2.02%) daripada 685,399 yang berdaftar di bawah organisasi gagal membayar caruman pekerja mereka manakala 12,787 pengarah syarikat telah dilarang meninggalkan negara kerana caruman tidak dibayar, lapor New Straits Times.
Sebanyak 1,932 saman sivil difailkan antara Januari dan Jun, terhadap pengarah dengan 2,200 kes jenayah dibawa terhadap mereka yang ingkar caruman KWSP.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin menegaskan kegagalan membuat caruman adalah satu kesalahan serius dan majikan diwajibkan membayar mengikut Seksyen 43(1) Akta KWSP.
“KWSP tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang, termasuk tindakan sivil dan jenayah, bagi melindungi hak pekerja,” katanya.
Sazaliza memberi jaminan bahawa KWSP akan memastikan caruman tertunggak dibayar sepenuhnya melalui penguatkuasaan dan pemantauan yang ketat. – 28 Ogos, 2024.
2 ulasan:
skrg kita rakyat punyai PM eksekutif MP legislatif M.Kew satu org yg sama sja tentu dia boleh settle mcm ATM kat NENGGIRI atau apa yg berkaitan kuasa & kewangan bila ada kes2 spt ini kahkahkah
Hal penting selalu dilupakan kah kah kah sebab cap ayam ramai, cap sardin Mazlan lagi ramai, semuanya pointer tinggi belaka, tapi tengok gaya lagak tak macam terpelajar pun kah kah kah
Catat Ulasan