Selasa, 20 Ogos 2024

PROJEK REMBAT DUIT RAKYAT DIGAGALKAN



Firma kerajaan di bawah PMO batal rancangan bawa staf 'cuti-cuti' ke Bali


Sebuah syarikat berkait kerajaan di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) membatalkan rancangannya membawa kesemua staf bercuti di luar negara dengan semua perbelanjaan ditanggung, dua minggu selepas MalaysiaNow mendedahkan mengenai perkara itu.

Difahamkan, kakitangan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), yang dipertanggungjawabkan menguruskan aset hartanah untuk meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam hartanah komersial, dimaklumkan mengenai pembatalan percutian ke Pulau Bali, Indonesia dalam sebuah mesyuarat "town hall" hari ini.

"Ketua Pegawai Eksekutif PHB Mohamad Damshal Awang Damit sendiri menyampaikan berita itu kepada kakitangan," kata sumber dalaman kepada MalaysiaNow.

Pada mesyuarat itu, staf turut diingatkan mengenai kerahsiaan syarikat, di samping diberi amaran supaya tidak mendedahkan "maklumat sensitif" kepada media atau pihak ketiga.

"Staf juga tidak dibenarkan bawa handphone ke dalam dewan mesyuarat," tambah sumber itu.

Pada 5 Ogos, MalaysiaNow mendedahkan butiran mengenai percutian ke Bali, iaitu "retreat" pertama PHB ke luar negara yang melibatkan semua kakitangan, yang dijadualkan selama tiga hari bermula 6 September dengan memakan belanja RM2,450 setiap orang.

Walaupun seorang jurucakap menafikan percutian itu sudah dimuktamadkan, e-mel kepada kakitangan yang dilihat MalaysiaNow menunjukkan sebaliknya, di mana mereka diberitahu untuk menyediakan pasport dan barang-barang keperluan lain.

"Percutian ini adalah tanda penghargaan pihak pengurusan PHB kepada semua warga kerja di atas kerja keras dan dedikasi anda," menurut e-mel yang dihantar pada Jun.

"Bawa pakaian yang selesa, pelindung matahari, dan semangat pengembaraan anda!"

Ketika dihubungi, Nadia Hadi, ketua jabatan strategi korporat PHB, mempertahankan percutian itu sebagai amalan biasa.

"Kita ni link (berkait) dengan kerajaan, tetapi ditadbir sebagai syarikat profesional. Tak adalah kita membazir-bazir tu," katanya kepada MalaysiaNow sebelum ini.

Ia bertanggungjawab menguruskan lebih 20 aset bernilai kira-kira RM10 bilion di samping saham Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bernilai kira-kira RM5 bilion melibatkan pelanggan kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Permodalan Nasional Berhad.

Pada Jun, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan berkunjung ke pejabat PHB di Shah Alam, menghabiskan masa tiga jam menyiasat beberapa aduan mengenai pengurusan kewangan. Tiada maklumat baru dilaporkan sejak itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri mempengerusikan lembaga pemegang amanah PHB.

Dalam bajet 2024, beliau mengumumkan PHB akan diletakkan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), sebuah lagi entiti di bawah PMO.

Bulan lalu, MalaysiaNow mendedahkan rancangan dua syarikat milik kerajaan Selangor untuk mengadakan mesyuarat lembaga pengarah mereka di Perth, Australia, di mana Menteri Besar Amirudin Shari akan menyertai pengarah dan eksekutif tertinggi dalam "retreat" empat hari mulai 23 Ogos.

Salah satu syarikat tersebut, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, bagaimanapun mempertahankan rancangan itu, menyifatkannya sebahagian "delegasi teknikal" untuk mengkaji sektor hartanah.

Syarikat itu turut mendakwa ia masih di peringkat cadangan dan menunggu kelulusan lembaga pengarahnya.

PROJEK REMBAT

DUIT RAKYAT

DI GAGALKAN

AMIN

TERIMA KASIH

MEDIA SOSIAL

AMIN

BERAPA BANYAK

PERKARA MACAM

INI TIDAK

DI BONGKAR

AMIN

CARI CARI DAN

LAPORKAN 

DIMEDIA SOSIAL

KHALAS

Tiada ulasan: