Ahad, 1 September 2024

CACAR BEROK PASTI SAMPAI



Singapura selaras persediaan hadapi ancaman mpox

SINGAPURA: Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, dijangka mempengerusikan sidang media minggu depan untuk memberi maklumat terkini mengenai kesiapsiagaan Singapura menghadapi wabak mpox.

Terdapat 13 kes mpox dilaporkan di Singapura setakat 2024, menurut buletin penyakit berjangkit mingguan Kementerian Kesihatan yang diterbitkan pada 29 Ogos, termasuk tujuh kes yang dilaporkan di negara itu pada 2023.

Mpox, dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, menyebabkan simptom seperti selesema dan lepuhan pada kulit seperti bisul yang dipenuhi nanah, pada badan.


Sub-varian baharu, klad I, membimbangkan pakar kesihatan global kerana keupayaannya merebak dengan mudah melalui hubungan rapat dan peribadi.

Pada 17 Ogos lalu. Ye Kung berkata, wabak mpox di Afrika dan tempat-tempat lain adalah sangat membimbangkan, sekali gus memaksa Singapura menjangkakan ketibaan virus itu.

Beliau berkata, risiko semasa wabak itu di Asia dan Singapura dari Afrika adalah rendah kerana tiada penerbangan terus ke kawasan terjejas di benua itu.

Virus itu bagaimanapun menyaksikan lonjakan pesat di beberapa negara Afrika, dijangka merebak ke Asia Barat dan Eropah, di mana Singapura mempunyai penerbangan transit.

Pada 14 Ogos lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Wabak semasa di Republik Demokratik Congo (DRC) menyaksikan 27,000 kes dan lebih 1,100 kematian sejak Januari 2023.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kemunculan kumpulan baru mpox, penularan pesat di timur DRC dan laporan kes di beberapa negara jiran adalah sangat membimbangkan.

Bulan lalu, lebih daripada 100 kes subvarian baharu yang disahkan oleh makmal dilaporkan di empat negara berdekatan DRC yang tidak pernah melaporkan penyakit terbabit sebelum ini iaitu Burundi, Kenya, Rwanda dan Uganda. - AGENSI

CACAR BEROK

INI PASTI SAMPAI

KE MALAYSIA

AMIN

PERSEDIAAN 

WAJIB DIATUR

DARI AWAL

AMIN

INI PROJEK NAK

KURANGKAN

PENDUDUK DUNIA

AMIN

WAJIB SEDAR

DAN WASPADA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: