Isnin, 2 September 2024

KERAJAAN MADANI GOYAH KE ?


Kerajaan letak 'syarat pelik' salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata PN


Perikatan Nasional (PN) melahirkan rasa terkilan dengan langkah kerajaan meletakkan syarat yang "pelik" untuk peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, dalam draf memorandum persefahaman yang dicadangkan.

Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan menyifatkan sebanyak tujuh syarat dalam draf dokumen itu "pelik sikit, dan berkata ia mengandungi terma yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan sebelum ini. 

Ia termasuklah syarat menghendaki ahli Parlimen mengisytiharkan harta, menyokong kerajaan hingga tamat tempoh penggal Parlimen ke-15 di samping perkara berkaitan 3R (bangsa, agama dan raja).

"Ia ada obligasi-obligasi kerajaan dan pembangkang, dan jumlah yang dikatakan nak diberi kepada pembangkang pun tidak disebut.

"Kita pun tidak faham kenapa ahli Parlimen bukan pentadbiran perlu isytihar harta. Zaman perdana menteri dulu, pengisytiharan harta dalam kalangan anggota pentadbiran, (seperti) menteri dan timbalan menteri," katanya pada sidang media selepas mesyuarat empat menteri besar negeri ditadbir PN (Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis) yang dikenali sebagai State Government 4 (SG4).

Turut hadir sama ialah ketua penasihat SG4, Dr Mahathir Mohamad dan penasihat Abdul Hadi Awang.

Takiyuddin turut mempersoalkan kaitan MoU itu dengan tempoh kuat kuasanya yang tamat di akhir penggal Parlimen ke-15. 

"Apa kena mengena peruntukan dengan tempoh akhir Parlimen?

"Pokoknya, kami masih lagi berbincang nak terima atau tidak." 

Jelasnya lagi, PN sedang membuat perbincangan dan penelitian mengenai draf tersebut sebelum memberi sebarang maklum balas kepada kerajaan pusat, dan bakal membuat keputusan menerima atau menolak MoU itu pada bulan ini sebelum sidang Dewan Rakyat pada 7 Oktober nanti. 

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata tujuan utama mesyuarat hari ini diadakan ialah membina kerjasama antara empat kerajaan negeri itu dengan pihak berkepentingan seperti sektor awam, swasta, pelabur tempatan dan antarabangsa. 

Katanya 4 negeri itu memiliki potensi besar dalam sumber asli dan mineral kritikal, pertanian, keterjaminan makanan, teknologi hijau, perdagangan, eko-pelancongan, industri halal, teknologi kewangan patuh syariah dan pendidikan.

Samsuri berkata beberapa pelabur dari Jepun dan Korea Selatan telah mula melabur di negeri-negeri ini, di samping perbincangan dengan China.

Bagaimanapun, Samsuri berkata beliau akan hanya mendedahkan jumlah pelaburan sebaik sahaja ia disahkan.

Sebelum itu, Mahathir berkata SG4 sudah menubuhkan syarikat SG4 Sdn Bhd di mana kekayaan dan hasil akan dikongsi dan diagihkan di antara empat negeri itu secara adil. 

Menurutnya, setiap negeri memiliki 25% saham dalam syarikat tersebut. 

Penubuhan syarikat itu dibuat bagi memastikan negeri yang ketinggalan jauh dari aspek pembangunan ekonomi seperti Perlis boleh menikmati hasil yang sama seperti negeri lain.


WOIT

INI BETUL

PELIK BIN AJAIB

KAH KAH KAH

SOKONG SAMPAI

HABIS PENGGAL

KAH KAH KAH

APAKAH MADANON

AKAN KENA

TERAJANG

SEBELUM HABIS

PENGGAL

KAH KAH KAH

INI PELIK MELIK

BAGI DANA

MINTA UNDI

KAH KAH KAH
KAHLAS

Tiada ulasan: