Berani tak buat undi percaya di Parlimen? — cabar Isham Jalil
DS Anwar Ibrahim,
CUBA kerajaan buat undi percaya dalam dewan sekali lagi. Tetapi kali ini undi diambil secara individu daripada setiap ahli Parlimen, bukan mengikut blok yang diwakili seorang ketua, dan bukan mengikut suara siapa yang lebih kuat di kalangan ahli Parlimen yang ada dalam dewan macam sebelum ini apabila ahli Parlimen pembangkang kebanyakannya tidak ada dalam dewan.
Speaker sudah buat keputusan yang sesiapa ahli Parlimen yang tidak ikut sokongan ketua parti tidak perlu kosongkan kerusi, oleh itu Speaker perlu ikut keputusan duluan (precedent) sendirinya ini dalam undian ini juga.
Dan untuk elak unsur ugutan oleh ketua parti ke atas ahli-ahli Parlimen, rahsiakan nama ahli-ahli Parlimen yang undi sokong dan tidak sokong dengan sistem kertas undi rahsia. Tengok berapa undi yang sebenarnya anda dapat.
Ada berani?
[Penulis ialah aktivis politik dan mantan Ketua Penerangan UMNO]
2 ulasan:
kalau undi boleh mengubah sesuatu undi akan diharamkan.. ade beza ke didalam parlimen yang penuh dengan nomad.. kah kah kah..
Dia boleh buat tak? Dia boleh masuk parlimen tak? Kalau setakat sembang orang kita hebat, boikot sini sokong sana tapi hujung berbaris di luar KFC, berbaris di McD kah kah kah bukan menghina tetapi serius menangani isu kena caranya bukan mohong setiap masa kah kah kah , pakar cakap pakar mohong tak semestinya pandai buat kerja kah kah kah
Catat Ulasan