Rabu, 11 September 2024

YUSSOF RAWTHER DI TANGKAP !!!


Yussof Rawther Dalam Tahanan Reman

1. Pada 06.09.2024 jam lebih kurang 9.30 pagi , Muhammed Yusoff Rawther telah ditahan oleh sepasukan anggota polis di Kuala Lumpur.

2. Polis dilaporkan menjumpai 2 pucuk pistol dan dadah disyaki ganja (berat kasar ) 305gram dalam kereta yang dinaikinya.

3. Yusoff sekarang berada dalam tahanan reman mulai 6.9.2024. 

4. Siasatan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952, setelah reman pertama berkaitan Akta Senjata Api 1960 ditolak.

5. Yusoff telah menyatakan secara jelas pada pihak siasatan bahawa pistol dan dadah tersebut bukan miliknya dan dia tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut. Ujian saringan air kencing juga negatif. 

6. Yusoff juga telah menyatakan dalam rakaman percakapannya bahawa pistol dan dadah tersebut diletakkan dalam keretanya sebagai perangkap( the guns and drugs were planted) oleh pihak-pihak yang mempunyai dendam atau permusuhan dengan beliau.

7. Mereka-mereka yang Yusoff maksudkan telahpun dibekalkan nama serta kaitan penama-penama tersebut dengan pimpinan politik  Negara.

8. Pihak polis juga telah dipohon oleh Yusoff serta peguamnya untuk dibenar membuat laporan polis mengenai perkara ini. Surat berkaitan telah pun diutus. Keperluan membuat laporan polis ini adalah supaya pembelaan Yusoff dimajukan pada seawal mungkin agar ianya tidak dilabel "afterthought" atau rekaan.

9. Yusoff amat risau tentang keselamatan beliau apatah lagi kes-kes sivil beliau terkait dengan individu-individu berpengaruh masih berjalan. Kes-kes ini mempunyai sensitivitinya tersendiri. 

10. Keluarga Yusoff berdiri teguh menyokongnya dan berharap pihak PDRM profesional dalam melaksana tugas mereka.

11. Reman akan tamat pada esok 12.09.2024 dan perkembangan selanjutnya akan diketahui lewat petang ini.

Sekian.

Rafique Rashid
Peguambela
11.09.2024
10.30 am
Kuala Lumpur

Tiada ulasan: