Jumaat, 4 Oktober 2024

INI TANDA PERANG DUNIA KE 3 DAH HAMPIR





Pemimpin Korea Utara ancam guna senjata nuklear jika diserang


SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menegaskan pasukannya tidak akan teragak-agak menggunakan senjata nuklear sekiranya wilayah Pyongyang diserang oleh Korea Selatan dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS).

"Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) akan menggunakan semua kekuatan serangan yang dimilikinya, termasuk senjata nuklear tanpa ragu-ragu," katanya, yang dipetik laporan berita KCNA.

Beliau membuat kenyataan itu Rabu lalu, ketika melakukan pemeriksaan di pangkalan latihan tentera pasukan khas di barat Pyongyang.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Korea Selatan mengadakan perbarisan tentera awal minggu ini, dengan Presiden Yoon Suk-yeol mengancam 'pengakhiran rejim Korea Utara' jika Pyongyang menggunakan senjata nuklear.

"Jika Korea Utara cuba menggunakan senjata nuklear, ia akan berdepan tindak balas tegas dan luar biasa daripada tentera kita dan pakatan AS-Korea Selatan.

"Hari itu akan menjadi pengakhiran rejim Korea Utara," tambahnya ketika berucap di hadapan ribuan anggota tentera yang berkumpul di Pangkalan Udara Seoul untuk acara berkenaan.

Sebagai tindak balas kepada kenyataan itu, Jong-un melabelkan pemimpin Korea Selatan sebagai 'boneka' dan 'lelaki yang tidak normal'.

Kenyataan Jong-un juga merujuk kepada pakatan Korea Selatan dengan AS, yang merupakan rakan utama ketenteraan, dengan puluhan ribu tentera AS ditempatkan di Korea Selatan.

Korea Selatan tidak memiliki senjata nuklear sendiri tetapi dilindungi di bawah 'payung nuklear' AS.

Pertikaian terbaru ini berlaku beberapa minggu selepas Korea Utara mendedahkan gambar kemudahan pengayaan uranium buat kali pertama, di lokasi yang dirahsiakan.

Gambar itu turut menunjukkan Jong-un melawat tapak berkenaan sambil menyeru untuk memperkukuhkan senjata nuklear negara tersebut.

Korea Utara melaksanakan ujian nuklear pertamanya pada 2006 dan berada di bawah sekatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk program senjata yang dilarangan itu.

Negara itu tidak pernah mendedahkan secara terbuka butiran mengenai kemudahan pengayaan uraniumnya sebelum ini.

Hubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan kini berada pada tahap terendah dalam tempoh beberapa tahun, dengan Korea Utara mengumumkan penempatan 250 pelancar peluru berpandu balistik di sempadan selatannya, baru-baru ini.

Korea Utara sudah lama mengingkari sekatan PBB dengan bantuan daripada sekutu seperti Russia dan China. - AFP

INI TANDA

PERANG DUNIA

KE TIGA MAKIN

DEKAT

AMIN

PERANG UKRAINE

PERANG GAZA

PERANG LEBANON

PERANG SUDAN

AMIN

PERANG TIDAK

SUDAH SUDAH

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Deeyyyy tambyyy berapa juta mahu tanda perang akhir zaman haaaahh

Rakyat Gaza tak ada masa nak tunggu budak mahadi tu datang laaa

Gaza sudah hancur rakyat Gaza mahu senjata bukan budak mahadi maa


Cukup masa nnti dia Mai lahhh..






kanina..

Tanpa Nama berkata...

lagi cepat musnah lagi bagus. biar satu dunia hancur. kita semua akan mati sekaligus. Kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Makin dekat? Sudah bermula Tok. Perang jenerasi baru senjatanya bukan lagi ubat bedil. Psywar, Cyberwar, Ecomonywar. Ubat bedilnya Jatuhnya bursa saham. Hilangnya wang warga lapar. Warga yang lapar pasti mengamuk dan huru hara.