Khamis, 24 Oktober 2024

RUSUHAN SEDANG DI RANCANG




Perisikan AS dakwa negara asing mungkin hasut keganasan selepas pemilihan Presiden AS


WASHINGTON: Russia, China dan Iran didakwa cuba membangkitkan naratif memecah belahkan bagi meretakkan perpaduan rakyat Amerika Syarikat (AS), menjelang pilihan raya Presiden pada 5 November ini.

Mendedahkan perkara itu, pegawai dari Pejabat Pengarah Perisikan Nasional (ODNI) hari ini, berkata tiga negara berkenaan juga mungkin mempertimbangkan untuk menggalakkan aktiviti keganasan selepas pengundi keluar mengundi.

Bercakap pada taklimat keselamatan pilihan raya AS kepada wartawan, katanya, pelaku asing mungkin mempertimbangkan ancaman fizikal serta keganasan, selain sangat berisiko menyebarkan maklumat palsu untuk mencipta ketidaktentuan dan menjejaskan keberkesanan proses pilihan raya.

"Pelaku asing, terutama Russia, Iran dan China, tetap berhasrat membangkitkan naratif yang memecah belahkan bagi meretakkan kesepakatan dalam kalangan rakyat serta merosakkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi AS.

"Aktiviti berkenaan konsisten dengan tindakan yang dilihat sebagai memanfaatkan kepentingan mereka dengan memperalatkan penduduk AS," katanya.

Beliau berkata, pengaruh pelaku 'terutama dari Russia, Iran dan China' yang membuat kajian ke atas pilihan raya AS sebelum ini, kini lebih bersedia untuk mengambil peluang bagi membangkitkan ketidaktentuan.

Katanya, pelaku boleh menggunakan jenis alat sama yang digunakan ketika prapilihan raya, terutama dalam operasi maklumat dan siber, selain mungkin mempertimbangkan ancaman fizikal dan keganasan.

Namun, pegawai berkata, risikan AS tidak melihat kerjasama antara Russia, China dan Iran dalam cubaan mempengaruhi pilihan raya.

Katanya, biarpun pelaku asing mungkin berusaha mengganggu proses pada hari mengundi dengan menyemarakkan rasa tidak puas hati, sistem pengundian cukup selamat dan mereka tidak dapat mengubah keputusan.

Beberapa pelaku asing juga berkemampuan membangkitkan tunjuk perasaan dan mengambil tindakan kekerasan semasa tempoh (pasca-pilihan raya) ini.

"Secara khusus, Iran dan Russia mungkin bersedia mempertimbangkan taktik yang akan menyumbang kepada kekerasan sedemikian," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, pelaku asing menggunakan media sosial dan operasi dalam talian lain untuk mempengaruhi pilihan raya Presiden dan Kongres, dengan merendahkan beberapa calon atau menyokong pihak lain.

Beliau berkata, beberapa hantaran di media sosial juga mungkin dihasilkan kecerdasan buatan (AI), selain menjangkakan lebih banyak peluasan protes oleh Russia, jika Naib Presiden AS, Kamala Harris memenangi pilihan raya.

"Russia lebih gemar bekas presiden (Trump) menang dan akan berusaha merendahkan presiden terpilih (Harris) dengan lebih agresif," katanya.

Pilihan raya kali ini dijangka menyaksikan persaingan sengit. Tinjauan Reuters/Ipsos diterbitkan hari ini, menunjukkan Harris mendahului bekas Presiden, Donald Trump dengan tiga mata, masing-masing 46 dan 43 peratus.

Kedutaan Russia dan China di Washington serta misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun enggan mengulas dakwaan itu, biarpun sebelum ini sudah menafikan tuduhan campur tangan dalam pilihan raya AS. - REUTERS



RUSUHAN INI

DIRANCANG OLEH

DAULAH

 TERPENDAM

AMIN

SENGAJA TUDUH

RUSIA CHINA IRAN

UNTUK TIMBULKAN

HURU HARA

AMIN 

TUDUH KERJA 

ORANG LUAR 

TAPI INI KERJA 

ORANG DALAM

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuduh menuduh tapi reja org dalam padan,patut sebab amerika ni lah yang dok kacau negara lain selama ni jadi padan muka dalam negara dia pulak huru hara lihat dulu d Vietnam Afghanistan dll sapa punya angkara!