Selasa, 1 Oktober 2024

TOLAK SYARIKAT CATERPILLAR

Kenyataan Media

SIASATAN KEATAS AKTIVIS PRO PALESTIN

BDS Malaysia dan beberapa kumpulan masyarakat sivil termasuk SSP mengadakan piket pada petang 20 September. Perhimpunan aman diadakan di hadapan ibupejabat PNB yang terletak di Menara Merdeka 118.

Perhimpunan itu adalah sebahagian daripada kempen solidariti global untuk menonjolkan penindasan terhadap rakyat Palestin oleh Caterpillar, sebuah syarikat multinasional Amerika Syarikat. Satu memorandum telah diserahkan kepada pegawai polis yang menerima bagi pihak syarikat.

Perhimpunan dijalankan dengan tertib dan aman mengikut lunas undang-undang. Kami terkejut apabila polis telah memanggil kira-kira lapan daripada peserta untuk siasatan. Sidang Akbar akan diadakan pada jam 10 pagi, 2 Oktober (Rabu), di hadapan IPD Dang Wangi.

Aktivis yang dipanggil polis termasuk: Dr Nazari (BDS), Dr Chandra Muzaffar (JUST), Aisyah Noli (Harmoni), Norazian (Viva Palestine), Farwina Faroque (BDS), Mohd Isa Maarof (BDS), Mythreyar (Gegar), Tian Chua (SSP).

Pada pandangan kami, yang dikatakan penyiasatan terhadap aktivis ini merupakan satu bentuk gangguan dan tiada faedah sama sekali. Kami menyeru pihak berkuasa untuk menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Kami juga ingin menegaskan bahawa tujuan himpunan itu adalah sebagai protes terhadap kezaliman Zionis. Caterpillar Inc. ialah pembekal utama jentera berat kepada Israel. Traktor dan jentolaknya digunakan untuk merobohkan rumah penduduk Palestin untuk memberi laluan kepada penempatan haram.

Caterpillar jelas terlibat dalam tindakan jenayah kejam memusnah kehidupan rakyat Palestin. Sime Darby ialah pengedar utama Caterpillar dan PNB ialah pemegang saham terbesar Sime Darby.

Kedua-dua PNB dan Sime Darby adalah syarikat milik kerajaan. Hubungan mereka dengan Caterpillar secara langsung bercanggah dengan dasar rasmi Malaysia. Ketika kerajaan Malaysia mengisytiharkan sokongan padu terhadap perjuangan pembebasan Palestin, syarikat milik kerajaan terus mempromosikan keuntungan tidak beretika daripada kezaliman dan eksploitasi.

Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk mengambil pendirian yang tegas dan konsisten: Hentikan Caterpillar Sekarang!

Kenyataan bersama oleh:
Nur Hafizah & Amir Hadi,
Jurucakap
Sekretariat Solidariti Palestin

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hentikan GISBH dulu dan cermin diri sendiri sebelum buka mulut mohong..pasai katerpillai atau mapallai...

Tanpa Nama berkata...

hello bodoh sekelian! bangunan di brickfield malahan jalan di brickfield menggunakan jentera caterpillar untuk dibangunkan. kalau tolak syarikat caterpillar maknanya robohkan semua bangunan serta jalan di brickfield ke? TT sanggup duduk dalam khemah tepi sungai gombak supaya rumah TT dirobohkan? kerja-kerja meroboh rumah TT pun guna jentera caterpillar! Kah kah kah! bodoh!

Tanpa Nama berkata...

Syarikat boeing serta airbus juga terlibat dalam pembinaan senjata serta pesawat tempur israel. bila nak diboikot? nak guna unta serta lembu ke? Kah kah kah! kerja amat bodoh, terencat akal serta sangat gila! gua tak habis-habis ketawa kebodohan serta kebengongan anda sekelian!

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah semuanya pakai unta tarik kah kah kah, pakai lembu pakai kuda pakai lah apapun selagi merasakan selamat kah kah kah