Sabtu, 16 November 2024

GELOMBANG KIRI DI SRI LANGKA



Presiden Sri Lanka Dissanayake menang besar dalam pilihan raya Parlimen

NEW DELHI: Parti yang dipimpin Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake meraih kemenangan besar dalam pilihan raya, sekali gus memberi dorongan kuat kepada pentadbiran baharunya.

Gabungan National People's Power (NPP), juga dikenali sebagai Jathika Jana Balawegaya (JJB) dilaporkan mencatat kejayaan luar biasa berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang berlangsung pada Khamis, dan diumumkan pada Jumaat.

Sebaliknya, pakatan pembangkang Samagi Jana Balawegaya (SJB) ketinggalan jauh di tempat kedua.

Dissanayake, 55, yang dilantik sebagai presiden pada September lalu, telah membubarkan badan perundangan 225 anggota itu dan partinya hanya memegang tiga kerusi.

Kemenangan besar dalam parlimen memberi kelebihan kepada Dissanayake untuk melaksanakan dasar-dasarnya dalam usaha menyokong pemulihan Sri Lanka daripada krisis ekonomi 2022, yang mencetuskan pergolakan politik di negara dengan populasi 22 juta orang itu.

SATU PERUBAHAN

SATELAH NEGARA

DI ROMPAK

OLEH  KELUARGA

RAJAPAKSA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: