Ahad, 8 Disember 2024

JANGAN JADI SETANYAHU


Kerajaan siap siaga gelombang kedua banjir – TPM

SABAK BERNAM – Kerajaan tetap bersiapsiaga dengan ramalan gelombang kedua oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bermula hari ini sehingga 14 Disember ini.

Walau bagaimanapun, jumlah mangsa banjir menunjukkan penurunan mendadak kepada  3,000 orang di pusat pemindahan sementara (PPS)

Polis buru individu buat panggilan kecemasan palsu mengenai banjir – Ayob Khan

PASIR MAS – Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang membuat panggilan kecemasan palsu berkaitan banjir di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara  Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata daripada lebih 1,000 panggilan kecemasan yang diterima Ibu pejabat Polis Daerah Pasir Mas mengenai lokasi memerlukan bantuan, 114 didapati panggilan palsu.

Ayob Khan berkata ia merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan pihak berkuasa yang bergegas dan bertungkus-lumus untuk sampai lokasi, namun apabila tiba ia didapati palsu.

“Apabila kita menghantar pasukan menyelamat untuk tengok tempat itu, tiada sesiapa. Saya hendak bagi amaran kepada yang buat panggilan palsu, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Hukuman membuat panggilan palsu ini adalah denda RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Eloklah perbuatan ini dihentikan, kerana tidak membawa faedah dan menyusahkan orang,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan mendengar taklimat banjir di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) oleh Ketua Polis Kelantan  Mohd Yusoff Mamat di Pondok Polis Repek, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata polis akan memburu individu yang membuat panggilan palsu dan kertas siasatan akan dibuka agar ia menjadi pengajaran.

Beliau berkata panggilan palsu ini bukan sahaja berlaku di Kelantan, tetapi juga di negeri-negeri lain yang terjejas dengan kejadian banjir.
Sementara itu ketika mengulas kesiapsiagaan polis dalam menghadapi gelombang banjir seterusnya beliau berkata, pihaknya telah mengaktifkan Pasukan Tindakan Bencana (DRT), termasuk meletakkan aset-aset polis dalam keadaan bersiap sedia.

“Pasukan DRT kita memang telah bersiap sedia untuk gelombang kedua, dan markas DRT Zon Tenggara Briged 8 PGA (Pasukan Gerakan Am) kekal aktif termasuk PKTK yang mengatur gerak pasukan penyelamat di Pasir Mas.

Ayob Khan berkata 12 kematian direkodkan di beberapa negeri yang terjejas banjir pada gelombang pertama baru-baru ini, dengan lima daripadanya di Kelantan. – BERNAMA

TAK NAK 

BANTU KIRA

OKAY

AMIN

JANGAN BUAT

KERJA JAHAT

KETIKA ORANG

DALAM SUSAH

AMIN 

JANGAN IKUT 

PERANGAI 

SETANYAHU

KHALAS

Tiada ulasan: