Selasa, 24 Disember 2024

MANGSA AGAMA



Bangladesh tak benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya


ISTANBUL: Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, sambil menjelaskan kira-kira 60,000 pelarian memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kami tidak lagi membenarkan sebarang kemasukan Rohingya dalam apa jua keadaan," menurut Penasihat Hal Ehwal Dalam Negeri Leftenan Jeneral (B) Jahangir Alam Chowdhury kepada pemberita di Dhaka.

Chowdhury turut mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri, Md Touhid Hossain berhubung kemasukan terbaru Rohingya ke Bangladesh.

"Dalam tempoh satu setengah hingga dua tahun kebelakangan ini, 60,000 Rohingya memasuki negara ini," katanya, membetulkan kenyataan Hossain sebelum ini.

Hossain sebelum ini berkata bahawa 60,000 Rohingya telah memasuki Bangladesh dalam hanya tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Beliau memberi taklimat kepada pemberita pada Ahad di Dhaka selepas lawatannya ke Thailand menyaksikan beliau menghadiri rundingan tidak rasmi bersama wakil dari Laos, Thailand, India, China dan Myanmar.

Menurut Chowdhury: "Sempadan Myanmar kini sepenuhnya di bawah kawalan Tentera Arakan. Walaupun komunikasi tidak rasmi dengan mereka boleh dilakukan, tiada ruang untuk perbincangan rasmi. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini (krisis Rohingya) secepat mungkin."

Bangladesh kini menempatkan lebih 1.2 juta Rohingya di daerah Cox's Bazar di tenggara negara itu. Kebanyakan bangsa Rohingya yang beragama Islam melarikan diri dari Myanmar pada Ogos 2017 susulan tindakan keras tentera.

Dalam perkembangan lain, puluhan pertubuhan etnik Rohingya pada Isnin menyeru agar "keadilan, kesaksamaan, keamanan bersama dan tadbir urus inklusif" dilaksanakan di negeri Rakhine di pantai barat

Myanmar ketika konflik antara pasukan tentera junta dan Tentera Arakan semakin memuncak.

Kira-kira 28 pertubuhan Rohingya mengeluarkan kenyataan bersama pada Isnin, menggesa Tentera Arakan yang kini menguasai kawasan Maungdaw dan Buthidaung di utara Rakhine untuk "menjunjung dan menghormati hak Rohingya serta semua etnik dan minoriti agama" di negeri bergolak yang bersempadan dengan Bangladesh itu.


INI CONTOH

MANGSA AGAMA

AMIN

DI MYANMAR 

PENGANUT ISLAM

DI BANGTAI

AMIN

DI BANGLADESH

DI PAKISTAN

PENGANUT HINDU

DI BANTAI

AMIN

SEMUA JADI

MANGSA  CERITA

AGAMA

KHALAS

Tiada ulasan: