Perhimpunan
6 Jan 2025
“Kami keluar
atas kapasiti
individu dan
peribadi”
PAGI esok, 6 Januari — penyokong-penyokong Najib Razak akan hadir ke Istana Kehakiman memberikan sokongan kepada beliau.
Mereka akan datang atas kapasiti individu dan peribadi dan tiada penganjur atas kehadiran mereka ini. Oleh itu tiada permit yang akan dihantar oleh penganjur sebab tidak ada pun penganjur untuk hantar permit. Dan adalah tidak masuk akal jika setiap individu yang datang secara peribadi perlu mohon permit, ini tiada dalam peruntukan akta himpunan.
Dan mengikut Perlembagaan dan undang-undang, orang ramai dan individu bebas dan berhak untuk pergi ke mana-mana premis awam termasuk mahkamah.
Penentuan Najib dibenar cabar kewujudan titah adendum esok
KUALA LUMPUR – Najib Razak sama ada dibenar atau sebaliknya untuk mencabar kewujudan titah adendum, akan didengar di Mahkamah Rayuan, Putrajaya esok.
Bekas Perdana Menteri memohon kebenaran untuk mencabar titah berkenaan bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
Peserta himpunan solidariti Najib tidak boleh dianggap derhaka kepada Agong – Hassan Karim
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan orang ramai yang menyertai himpunan di Istana Kehakiman Putrajaya esok, tidak boleh dianggap sebagai menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana, kata Ahli Parlimen kerajaan itu, Malaysia merupakan sebuah negara demokratik, bukannya sebuah negara feudal mutlak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan