Jumaat, 7 Februari 2025

BANGSA TAK KENAL SEJARAH



Penunjuk perasaan bakar rumah 'Bapa Kemerdekaan' Bangladesh

DHAKA: Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.

Hasina dijadualkan berucap secara dalam talian pada jam 9 malam semalam (waktu tempatan), menggesa penyokongnya menentang kerajaan sementara di Bangladesh.

Beberapa saksi berkata, ribuan penunjuk perasaan dengan senjata seperti kayu dan tukul berkumpul di sekitar rumah bersejarah dan monumen kemerdekaan, manakala sebahagian lain membawa kren dan pengorek untuk merobohkan struktur berkenaan.

Penganjuran protes dengan seruan lebih luas, dikenali 'Perarakan Penggempur' itu bertujuan mengganggu ucapan Hasina.

Penunjuk perasaan, kebanyakannya disokong kumpulan 'Pelajar Menentang Diskriminasi', menyuarakan kemarahan terhadap ucapan Hasina, menyifatkannya sebagai cabaran kepada kerajaan sementara yang baru dibentuk.

Ketegangan semakin meningkat di Bangladesh sejak Ogos lalu, apabila tunjuk perasaan besar-besaran memaksa Hasina melarikan diri ke India.

INI RUMAH

MUJIBUR RAHMAN

PENGASAS

BANGLADESH

AMIN

SOSOK BAWA

BANGLA MERDEKA

DARI DIJAJAH

PAKISTAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: