Selasa, 18 Februari 2025

INI PROJEK ASKAR SIAM DAN ASKAR MYANMAR



Militia Myanmar sedia hantar pulang 10,000 pekerja dikaitkan dengan penipuan siber


YANGON: Militia etnik Myanmar pada Sabtu berkata, pihaknya sedang bersiap sedia untuk menghantar pulang 10,000 individu yang dikaitkan dengan penipuan siber di kawasan yang dikawalnya ke Thailand sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap pusat yang dibangunkan secara haram itu.

Pusat penipuan terbabit berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar dan dikendalikan warga asing yang sering diperdagangkan serta dipaksa bekerja.

Mereka menipu ramai individu di seluruh dunia dan menurut penganalisis industri,ia membabitkan wangberbilion dolar.


"Kami sudah mengumumkan untuk membasmi semua penipuan dari tanah air kami. Kami kini sedang melaksanakannya.

"Kami sudah membuat senarai dan bersedia untuk memindahkan kira-kira 10,000 orang (ke Thailand)," kata jurucakap Pasukan Pengawal Sempadan (BGF) di negeri Karen, Mejar Naing Maung Zaw kepada AFP padaSabtu.

Pengusiran akan dilakukan dalam kumpulan seramai 500 orangsetiap hari.

AFP turut menghubungi pihak berkuasa Thailand untuk mendapatkan komen.

Menurut Naing Maung Zaw, BGFmenghantar 61 orang melintasi jambatan sempadan ke Thailand dan sedang bersedia untuk menyerahkan kira-kira 500 orangdaripada pelbagai bangsa setiap hari.

Media Thailand padaSabtu melaporkan, pasukan petugas tentera yang bertanggungjawab untuk keselamatan sempadan di wilayah Tak, Thailandmelakukan koordinasi dengan pemimpin BGF untuk menerima 7,000 pekerja daripada pusat penipuan berkenaan.

Shwe Kokko iaitu pusat penipuan yang terletak di kawasan di bawah kawalan BGF di negeri Karen, adalah bandaryang dikelilingi ladang pertanian.

Pusat penipuan siber sering menjerat orang ramai dari seluruh dunia dengan menawarkan pekerjaan bergaji tinggi namun kemudian mangsa ditahan sebagai tebusan dan dipaksa melakukan penipuan dalam talian atau bakal berdepan hukuman berat.-AFP

INI INDUSTRI

AMAT BESAR

AMIN

MANA DAPT

LETERIK ?

AMIN
MANA DAPAT

LALUAN TALIPON

AMIN

LALUAN INTERNET

DARI MANA?

AMIN

PASTI ASKAR

SIAM DAN ASKAR

MYANMAR

BEKERJASAMA

AMIN

MUSTAHIL 10,000

PEKERJA PENGUASA

TAK NAMPAK

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tutup tenet tutup lektrik.. akhirnya 10k lepas.. simpan kat mana ?.. tapi ini kira sikit.. kat malaysia ada 1.5 juta ghaib macam terowong pulau pinang.. sapa sorok ? kah kah kah