Sabtu, 8 Februari 2025

LANGKAH BIJAK DARI SARAWAK



Sarawak mahu bangunkan model AI sendiri - Abang Johari


KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi negeri itu yang dapat menggabungkan pelbagai data tempatan untuk dikongsi secara global.

Mencadangkan model kecerdasan buatan (AI) itu sebagai DeepSar, Abang Johari berkata beliau mendapat inspirasi daripada kejayaan seorang jurutera dari China, Liang Wenfeng yang mengasaskan DeepSeek, model AI yang mampu menyaingi model yang dibangunkan di Amerika Syarikat.


"Saya berharap (satu hari nanti) kita akan mempunyai DeepSar yang dibangunkan oleh rakyat Sarawak, dengan kandungan unik mengenai Sarawak dan memudahkan perbualan digital antara rakyat Sarawak dengan dunia," katanya.

Bercakap pada majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di sini pada Jumaat, beliau berkata kerajaan Sarawak kini menggalakkan pembangunan reka bentuk mikrocip - komponen utama dalam pemindahan data.

"Data hanya boleh dihantar melalui cip, cip ibarat darah dalam badan kita dan ia memacu anda," katanya.

Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak, justeru beliau menugaskan syarikat penyedia penyelesaian sistem ICT milik kerajaan, SAINS Sdn Bhd, untuk mengumpulkan data berkaitan.

Sebagai hab dunia bagi hutan hujan dan biodiversiti, Sarawak dapat berkongsi maklumat pada peringkat antarabangsa dan langkah ini dapat mewujudkan peluang ekonomi baharu untuk negeri berkenaan.

"Kita boleh berkongsi pandangan dengan dunia mengenai ekonomi sumber biodiversiti. Apabila maklumat ini dimuat turun, ia bukan percuma. Lapan bilion orang boleh mengakses maklumat itu dan kita juga perlu mendapatkan paten dan hak terhadap sumber biodiversiti kita," katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari yang juga Pengerusi SMA menzahirkan penghargaan kepada Pengurus Besar SMA Datuk Anderson Tiong Ing Heng dan pasukannya kerana bekerjasama dengan agensi lain untuk mempertingkatkan infrastruktur telekomunikasi dan rangkaian Sarawak.

Beliau berkata infrastruktur ini penting untuk negeri maju dengan agenda ekonomi dan sosial. – BERNAMA

INI LANGKAH

BIJAK

AMIN

SARAWAK KAYA

ADA SYARIKAT

MINYAK SENDIRI

AMIN

NAK WUJUD

DUIT SENDIRI

AMIN

SEKARANG NAK

BUAT AI SENDIRI

AMIN

JIKA ADA ASKAR

ADA POLIS

BOLEH MERDEKA

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekian lama Malaya menipu rakyat Sabah Sarawak, sekarang mereka sudah tahu, siapa diutamakan siapa dikemudiankan, siapa dihantar bantuan, siapa bawa untuk perubatan siapa bayar cukai siapa menerima bantuan siapa hilang terus siapa curi siapa rompak kesedaran lambat, tiada untung bersama kumpulan perompak, tiada guna bersama perasuah pencuri tarbus bergelar ular sawa kah kah kah biar kami uruskan sendiri ini kesedaran mutlak kah kah kah orang-orang asal semakin bijak melihat kemajuan negeri mana terus bergerak manakala negeri mana terus ke belakang dengan agenda cukur bulu, seluar dalam, seluar pendek semuanya memberi kesedaran amin kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

model malaysia ni macam uk atau macam us ?

Tanpa Nama berkata...

Halau semua penjawat awam dari semenanjung ..kalau engkar kasi pencen awal batalkan permit kerja.khalas. ini virus yang harus dihapuskan. Long live sarawak. Fuck the white hair raja..