Isnin, 3 Februari 2025

LANGKAH BIJAK INDONESIA


Kakitangan awam Indonesia diberi pilihan kerja 4 hari seminggu

JAKARTA: Kementerian Badan Usaha Milik Negara Republik Indonesia secara rasmi melancarkan inisiatif bekerja empat hari seminggu kepada kakitangan kerajaan yang berminat.

Menurut laporan portal berita Channel News Asia, inisiatif itu dilancarkan berikutan kejayaan projek perintis yang bermula pada Jun tahun lalu.

Inisiatif dikenali sebagai Jadual Kerja Mampat itu merupakan program sukarela bagi membolehkan kakitangan kerajaan terpilih yang memenuhi keperluan bertugas selama 40 jam, bekerja hanya empat hari dalam seminggu.

Semasa program perintis itu dilaksanakan pada Jun 2024, pekerja yang mengambil bahagian mampu bertugas 40 jam seminggu sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan.

"Jadi, jika seseorang bekerja selama 40 jam dalam seminggu, mereka boleh memilih untuk bekerja empat hari pada minggu sama.

"Ia memerlukan kelulusan jika ada pekerja yang mahu mengikutinya," kata Timbalan Menteri Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi dan Maklumat, Tedi Bharata kepada CNN Indonesia.

Bagaimanapun, jika syarat bekerja selama 40 jam gagal dipenuhi, pekerja terpaksa bekerja lima hari seminggu.

Tambah Tedi, ketika ini ini hanya pekerja Kementerian Badan Usaha Milik Negara yang diterajui Menterinya, Thohir, yang dibenarkan bekerja selama empat hari seminggu.

katanya, inisiatif minggu kerja empat hari masih dalam proses penilaian keberkesanannya sebelum ia berpotensi diperluaskan kepada syarikat di bawah bidang kuasa Kementerian Badan Usaha Milik Negara.

The Jakarta Globe pada November melaporkan bahawa terdapat 47 syarikat milik negara di Indonesia, namun terdapat rancangan untuk mengurangkannya kepada hanya 30.

Thohir pada Mac tahun lalu berkata bahawa matlamat utama inisiatif minggu kerja empat hari adalah untuk mengurangkan tekanan pekerja sambil meningkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan.

"Kita mengambil kira bahawa 70 peratus daripada generasi muda hari ini menghadapi cabaran kesihatan mental yang menjejaskan produktiviti mereka.

"Ekonomi Indonesia akan berdepan pelbagai cabaran pada 2024 dan 2025. Jadi, adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Belgium menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang melaksanakan undang-undang membenarkan minggu kerja empat hari, yang berkuat kuasa pada Mac 2022.

Pekerja di Belgium boleh memilih antara bekerja empat atau lima hari seminggu, dengan jam kerja harian yang lebih panjang bagi mereka yang memilih minggu kerja yang lebih pendek.

Di Asia, beberapa bandar di Jepun turut mula menguji inisiatif minggu kerja empat hari.

Kerajaan Jepun juga memperkenalkan sistem sedemikian, tetapi hanya untuk pekerja yang mempunyai tanggungjawab tertentu seperti menjaga anak atau ahli keluarga lain. Pelan itu akan dilaksanakan untuk semua pekerja di Jepun pada April 2025.

Sementara itu, di Indonesia, minggu kerja empat hari setakat ini telah diterima pakai terutama oleh syarikat pemula, termasuk syarikat fintech patuh Syariah Alami, platform e-dagang Bolt, dan platform pembiayaan awam Kickstarter. - AGENSI

CEPAT KERJA

SELESAI KERJA

AMIN

TAK PERLU

HARI HARI

DI PEJABAT

AMIN

INI CARA BAIK

LAGI

BIJAK YG WAJIB

DI IKUTI

KHALAS

Tiada ulasan: