Israel guna kebuluran sebagai 'senjata perang' terhadap rakyat Palestin - Afrika Selatan
GENEVA: Afrika Selatan memberitahu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata terhadap rakyat Palestin di wilayah didudukinya, sekali gus melanggar kewajipan antarabangsa.
"Undang-undang antarabangsa melarang Israel daripada menggunakan kebuluran sebagai kaedah peperangan.
"Sekalipun di bawah kepungan atau sekatan, Israel tidak boleh menghukum secara kolektif rakyat Palestin yang dilindungi di bawah pendudukan haramnya," kata wakil Afrika Selatan, Jaymion Hendricks.
Beliau berkata demikian pada hari kedua pendengaran awam di The Hague, yang dilaporkan , lapor Anadolu Ajansi.
Hendricks berkata Israel menggunakan sepenuhnya teknik kebuluran, mengawal tahap penderitaan dan kematian akibat sistem makanan, hingga ke tahap genosid.
"Walaupun terdapat cubaan mengerikan oleh pegawai Israel untuk menggambarkan sebaliknya, rakyat Palestin juga adalah manusia," katanya.
Beliau menegaskan yang Israel perlu bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara ikhlas dan memberikan segala bantuan yang diperlukan.
Ia juga mesti memenuhi tanggungjawabnya sebagai kuasa pendudukan untuk memastikan bekalan makanan dan perubatan, serta memudahkan bantuan kemanusiaan, perkhidmatan asas dan pembangunan yang disalurkan oleh PBB, negara ketiga dan pertubuhan antarabangsa lain.
Hendricks turut menegaskan yang Israel mesti 'menghentikan permusuhan sepenuhnya' dan 'segera menarik balik keputusan untuk mengusir Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) serta agensi PBB lain daripada melaksanakan mandat mereka'.
Beliau turut menyeru PBB 'menuntut dan berunding untuk menghapuskan halangan yang dikenakan oleh Israel' dan 'terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin' meskipun terdapat sekatan Israel.
Negara ketiga juga, katanya, 'mempunyai kewajipan untuk tidak mengiktiraf tindakan salah Israel di peringkat antarabangsa, termasuk pengharaman terhadap UNRWA... dan perlu bekerjasama untuk menamatkan tindakan itu.
Hendricks juga menggesa mereka menghentikan penyaluran senjata kepada Israel.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Zane Dangor, memberitahu mahkamah bahawa: "Sistem bantuan kemanusiaan kini berada di ambang kehancuran. Kehancuran ini disengajakan."
Wakil Afrika Selatan, Nokukhanya Jele pula menegaskan yang 'Israel tidak boleh mengenakan sebarang tindakan yang dilarang secara khusus oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa'.
Antaranya , termasuk pemindahan paksa secara besar-besaran, kemusnahan harta benda, penempatan penjajah, menyasarkan sekolah dan kurikulum pendidikan untuk menghapuskan sejarah rakyat Palestin.
Tentera Israel menyerang semula Gaza pada 18 Mac, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada 19 Januari.
Lebih 52,300 rakyat Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023.


1 ulasan:
Sorry kena bahasa kasar kalau isu Kg Baru ni eehh... Sbb bahasa lembut bermutu dah tak jalan dengan pemimpin bebal...
Heboh Kecoh pasal Kg Sg Baru di Kg Baru
Apa yg aku perasan asal ada Menteri Wilayah yg baru mula lah nak usik tanah Kg Baru....
Asal ada PM Baru ada lah Melayu pemimpin pukimak yang nak usik tanah Kg Baru...
Macam macam pukimak methode Dan cara nak pedanal orang Melayu Kg Baru
Kalau ikut cara cara Bossku bangunkan Kg Kerinchi jadi Kerinchi Residensi semua settel...
Itu pun ada pemimpin pukimak MP Lembah Pantai yang hasut guling guling masa Kerinchi Residensi dibangunkan
Akhirnya semua penduduk asl Kg Kerinchi puas hati atas idea Bossku... Kecuali penduduk yang termakan hasutan pemimpin MP betina pukimak Putih mata tolak kediaman Kerinchi Residensi
Skg pemimpin betina pukimak goyang tetek kat Bukit segambut penduduk yang Putih mata termakan hasutan merempat tak ada kediaman
http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2017/02/residensi-kerinci-18-tingkat-tanpa-apa.html?m=1
Kalau ikut semua formula Kerinchi Residensi formula Bossku di implimentkan di Kg Baru semua settel
Bahasa kena kasar sebab bahasa lembut bermutu pemimpin bebal melayu pukimak tak jalan lagi dah....
#asalKgBaruPastiNakJualTanahPantekLahKau
Catat Ulasan