Ahad, 27 April 2025

PAGI INI


PAGI INI

AHAD 27 APRIL 2025

RAYA MASIH ADA


TARIF TRUMP
Dari berita kita baca Menteri Zafrul dah pergi ke Amerika nak runding hal tarif. Apa  isi apa butir kita tak tahu. 

Projek Tarif Trump ini di baca kelam kabut – kejap ada kejap tangguh kejap turun. Susah nak baca. Bila ini berlaku kita juga jadi kacau malah semua negara jadi huru hara.

Huru hara ialah Trump.

PENDATANG HARAM
Kita baca jantan Nigeria gigit telinga pegawai polis. Warga Nigeria ini paling bahaya. Malah di Afrika  Selatan mereka diburu. Di Kenya mereka juga di buru. Maka jika Afrika sendiri rasa tak senang dengan  mereka mustahil mereka kan berperangai baik di Malaysia.

Ini bukan RASIS. Kau datang ke negara orang kenapa tuduh anak watang pulan rasis? Gila ke apa?

IRAN
Ledakan kontena membawa kebakaran besar di pelabuhan Iran.  14 mati dan 700 cedera. Pelabuhan  Shaheed Rajaee ini yang terbesar. Ketika berita ini di tulis api masih belum padam. Apakah sabotaj ?

ITALI
Vatican – Pope Francis selamat di kebumikan. Lebih dari 400,000 datang melihat keranda di bawa ke makam.

AMERIKA
Trump berkata dia merasa yang Putin masih enggan untuk hentikan perang. Serangan di teruskan oleh Rusia.

IRAN
Rundingan Iran-Amerika  agenda nuklear kini masuk ke peringkat tinggi. Rundingan di Oman ini dah sampai ke perengat teknikal. Dua daua belah pihak mengatakan rundingan berjalan dengan baik.

JORDAN
Negara Arab ini haramkan Ikhwan Muslimin dari bergerak.

INDIA-PAKITAN
Dua negara ini berbalas tembakan. Indai mengancam Pakistan. Pakistan  kata bersedia. Apah ini hanya AUTA KELING ?

GAZA
Stok makanan habis. Jumlah mati kini menjadi 51,500 orang. Kebuluran sampai. Negara Arab  tak berani bersuara.

HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. Mata hari dah keluar. KL & KL Sentral berkabus tebal. Kemarin petang gugur petir halilintar berdentam dentum. Hujan lebat.

Pagi ini gua ikut arah ke sungai. Jantan berkokok di wilayah Istana lama. Tekukur bersuara. Tuk Tuk Tuk didengar di sana sini.  Di langit gua dengar deraman peswat tapi tidak kelihatan.

Hari ini pasti panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Nak lihat apakah TARIF TRUMP ganggu kehidupan gua. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI AHAD

Untuk apa membuang taji
Supaya ayam mahu berlaga
Pasal apa politikus berjanji
Untuk tipu satu negara

Untuk apa membawa parang 
Supaya dapat buat  para
Untuk apa kita berjuang
Supaya Najib masuk penjara

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: