Jumaat, 25 April 2025

SERANGAN BESAR DARI RUSIA



Trump gesa Putin hentikan serangan ke atas Ukraine

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam menggesa rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin supaya menghentikan serangan ke atas Ukraine, selepas Moscow melancarkan serangan peluru berpandu dan dron di Kyiv semalam sekali gus menjadi serangan paling dahsyat di dalam beberapa bulan ini.

Gesaan langsung Trump kepada Putin itu dibuat selepas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendesak sekutunya supaya mengenakan lebih tekanan terhadap Russia untuk menghentikan pencerobohan.

Zelensky memendekkan lawatannya ke Afrika Selatan bagi menangani kesan serangan terbaru berkenaan iaitu sebahagian daripada siri serangan udara Russia yang mengorbankan puluhan orang awam.

"Saya tidak gembira dengan serangan Russia itu. Ia tidak perlu dan sangat tidak kena pada waktunya. Vladimir, BERHENTI!," kata Trump menerusi hantaran di media sosial.

Trump yang sebelum ini sering dikritik kerana dilihat pro-Russia dan memusuhi Zelensky, ditanya oleh wartawan mengenai sebarang tawaran yang dikemukakan Moscow dalam rundingan.

"Mereka bersedia menghentikan perang dan tidak ambil alih seluruh negara - itu satu konsesi besar," jawabnya.

Russia menceroboh Ukraine pada tahun 2022 dengan harapan untuk menakluk negara itu dalam beberapa hari, namun terperangkap dalam peperangan berdarah yang mengorbankan ramai orang di kedua-dua belah pihak.

Utusan khas Trump, Steve Witkoff dijangka berada di Russia minggu ini bagi mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Putin mengenai kemungkinan perjanjian gencatan senjata.

Ukraine menjadi sasaran serangan udara sepanjang tiga tahun pencerobohan Russia, namun serangan ke atas Kyiv – yang lebih dilindungi sistem pertahanan udara – jarang berlaku.

Zelensky berkata Russia menggunakan peluru berpandu balistik buatan Korea Utara dalam serangan terbabit, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Serangan itu sekali lagi mencetuskan keraguan terhadap usaha AS untuk memujuk Russia dan Ukraine mencapai perjanjian gencatan senjata.

Trump sebelum ini turut mengkritik Zelensky kerana enggan menerima pendudukan Russia di Crimea, yang dirampas Moscow pada tahun 2014.

"Kami hanya lakukan apa yang dicadangkan oleh rakan-rakan kami, kecuali perkara yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kami," kata Zelensky kepada wartawan di Afrika Selatan ketika ditanya mengenai isu Crimea.

Beliau turut mempersoalkan sama ada negara-negara sekutu benar-benar mengambil tindakan mencukupi untuk memaksa Putin menghentikan serangan.

"Saya tidak nampak sebarang tekanan kuat terhadap Russia atau pakej sekatan baharu bagi mengekang pencerobohan ini," kata Zelensky, sambil mengingatkan bahawa Trump sendiri pernah memberi amaran kepada Moscow akan ada akibat jika tidak bersetuju menghentikan peperangan.- AFP



WOIT 

SEBELUM ADA

GENCATAN SENJATA

RUSIA AKAN

BUAT SERANGAN

BESAR

AMIN

INI TAKTIK BIASA

DALAM SEMUA

PERANG

AMIN

Tiada ulasan: