Khamis, 29 Mei 2025

DICULIK UFO



‘Ghaib’ 50 hari, keluarga Pamela Ling masih tunggu petunjuk


KUALA LUMPUR – Keluarga Pamela Ling Yueh masih menunggu perkembangan siasatan kehilangan wanita itu meskipun selepas 50 hari`ghaib’ tanpa berita dan 47 saksi selesai memberi keterangan.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili keluarga itu berkata, pihak berkuasa masih membisu dan tidak memberikan sebarang petunjuk atau memaklumkan status siasatan sama ada terdapat suspek dalam kes itu dikenalpasti.


“Bagaimana seseorang itu boleh hilang di bawah pengawasan undang-undang dan adakah pihak berkuasa mengamalkan penguatkuasaan terpilih dan menutup mata kepada segelintir pihak?” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sangeet, keluarga Pamela kecewa dan marah serta mempersoal tindakan polis yang `mengunci mulut’ berhubung kehilangan wanita itu.

Peguam tersebut berkata, keluarga wanita itu turut mempertikai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa bersikap `acuh tak acuh’ walhal Pamela hilang ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat agensi itu.

Ujar Sangeet, lebih memburukkan keadaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki akhirnya membuka mulut dan mengaku Pamela tidak pernah ditangkap.

Menurut peguam, kenyataan itu tidak munasabah dalam keadaan Pamela sudah memfailkan dokumen mahkamah dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM.

Ujarnya, penafian SPRM terhadap fakta yang telah didokumenkan di mahkamah merupakan satu tindakan yang mencerminkan ketidakwajaran tindakan agensi itu.

Pada 22 Mei lalu, Azam menegaskan Pamela bukan suspek dalam siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram yang dijalankan oleh agensi itu.

Ujar Azam, wanita itu hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan bukan untuk tujuan penahanan manakala kejadian kehilangan berlaku di luar premis SPRM dan siasatan telah dilaksanakan oleh polis.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Pamela untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar waran tangkap dan sekatan perjalanan terhadapnya oleh SPRM.

Pamela memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 7 April lalu iaitu dua hari sebelum beliau dilaporkan hilang dengan menamakan SPRM dan Ketua Pengarah Imigresen sebagai responden.

Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM pada 9 April lalu manakala polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari sama.

Sementara itu, adik mangsa, Simon Ling Wan Siong memaklumkan, Pamela telah menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada peguamnya pada pukul 1.57 tengah hari dengan mengatakan dirinya dalam perjalanan ke SPRM di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-hailing.

Keluarga dan peguamnya cuba menghubungi mangsa selepas pukul 2 petang namun panggilan telefon dan pesanan WhatsApp tidak berbalas. – 

WOIT

BRITA MAKIN

PELIK

JENG JENG JENG

SPRM KATA

TAKDA KES APA

JENG JENG JENG

TAPI ADA WARAN

TANGKAP

DAN SEKATAN

PERJALANAN

JENG JENG JENG

DAH BERAPA RAMAI

WARGA HILANG

SELAMA INI?

JENG JENG JENG

APAKAH ADA UFO

YANG MENANGKAP

MEREKA

KHALAS

Tiada ulasan: