PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 16 MEI 2025
HARI INI HARI GURU
HARI GURU
Mari sesama kita ingati kembali GURU-GURU kita yang mengajar kita hingga kita jadi macam kita hari ini.
Gua masih ingat lagi Cik Gu gua Raja Razali – hari pertama - kami bersila atas simen. Nama sekolah gua Sekolah Umum Kuala Klawang A - Sekolah Umum Kuala Klawang B – untuk perempuan.
Kami bawa PAPAN BATU – sebelah untuk Jawi – sebelah lagi untuk Rumi. hari pertama kami menyanyi.
Gua ingat lagi pagi itu kami menyanyi lagu:
Bangun Awang
Bangun Awang
Ayam sudah berkokok
Kamu tidur kan lagi
Kook kook ku.
Lama kemudian masa gua masuk UM baru gua tahu ini lagu dari luar negara – Bahasa Inggeris – Are you Sleeping Brother John.
Bila berkelana ke Belgium baru gua tahu ini lagi Perancis. Frere Jaques – Dormez-vous? Melayu nya ayam sudah berkokok – Eropah loceng gereja telah berbunyi Ding Ding Dong
TURKI
Presiden Zelensky nak runding damai tapi Putin tak ambil pot. Nampknya perang akan berterusan.
UAE
Trump umum UAE beli barang 200bilion dolar dari Amerika. Beli apa? Pastilah senjata .
TURKI
Seramai 97 mahasiswa di tangkap. Pelajar berdemo menentang Pak Lebai yang beri ceramah menggalakkan kahwin bawah umur – sebagai sunnah Nabi. Ketat dan padat.
GAZA
Lebih 80 terkorban dari bom Zionis Israel. Perang berterusan.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering. Kemarin hangat dan panas. Mata hari dah keluar. Cahaya hangat. Tak Tak menjalar letih – lidah keluar. KL & KL Sentral cerah.
Ha ha pagi ini di hadapan pokok Ara gua dengar suara Tempua – chip chiap chiap.. gua perhati tak nampak. Gua kenal suara ini. Gua harap akan ada sarang muncul. Semenjak Hokkien di bersihkan gua tak nampak Tempua.
Hari ini pasti panas – ada demo – jam 2 – berhimpun di Dataran Tabung Haji – HARI NAKBA. Gua nak ikut sama.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT
Perawan cantik beli subang
Subang wajah burung tempua
Perempuan ada tiga lubang
Lohe satu ada lagi dua
Beli pokok beli baja
Jangan lupa beli kicap
Kahwin Mak Janda senang kerja
Mak janda tahu apa nak di hisap
LAKU KAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT


Tiada ulasan:
Catat Ulasan