Khamis, 12 Jun 2025

HOT HOT HOT - TER NOWW - TERKINI - YUSOF RAWTHER BEBAS - PERANGKAP GAGAL



Kes edar ganja, pistol tiruan - Mahkamah lepas, bebaskan Yusoff Rawther
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri Anwar Ibrahim - Yusoff Rawther - daripada tuduhan mengedar ganja dan memiliki dua pistol tiruan.

Hakim Jamil Hussin berkata bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan. Ini, katanya kerana ia tidak membuktikan semua elemen kesalahan dengan bukti yang boleh dipercayai.

“Pihak pendakwaan gagal membuktikan Yusoff mempunyai pengetahuan, penjagaan dan kawalan ke atas dadah dan pistol tiruan.

“Tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya selepas mendengar hujahan lisan.

Muhammed Yusoff didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan yang dinaikinya di hadapan surau IPKKL pada 10.15 pagi, 6 Sept tahun lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di Kuala Lumpur pada 9.25 pagi, 6 Sept 2024.

Pertuduhan dikemukan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


TAHNIAH

TAHNIAH

AMIN

PERANGKAP

GAGAL

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: