Khamis, 26 Jun 2025

LEMBAGA NUKLEAR JADI BARUA ZIONIS


Parlimen Iran lulus pelan gantung kerjasama dengan IAEA


TEHRAN: Jawatankuasa Parlimen Iran meluluskan pelan umum bagi satu rang undang-undang yang bertujuan menggantung kerjasama negara itu dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Menurut laporan Agensi Berita MEHR (MNA), pelan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap tindakan badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas wilayah Iran.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen, Ebrahim Rezaei memaklumkan bahawa pelan itu diluluskan oleh anggota jawatankuasa selepas meneliti perinciannya dalam sesi yang diadakan pada Isnin.

Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen, kerajaan Iran akan dikehendaki menggantung kerjasama dengan IAEA selagi Tehran tidak menerima jaminan konkrit mengenai profesionalisme agensi itu.

Di bawah pelan itu, Iran berkemungkinan tidak akan bekerjasama dalam pemasangan kamera di kemudahan nuklearnya, menolak pemeriksaan fizikal, kemasukan para pemeriksa dan penyerahan laporan, sehinggalah keselamatan semua kemudahan nuklear negara itu benar-benar terjamin.

Langkah itu dibuat susulan serangan udara oleh AS ke atas beberapa tapak nuklear Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa termasuk Piagam PBB.

Terdahulu, rejim Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 13 Jun, yang kemudiannya disusuli campur tangan AS melalui serangan udara ke atas tiga tapak nuklear utama Iran di Natanz, Fordow dan Isfahan pada awal Ahad.

Iran menegaskan bahawa negara itu berhak mempertahankan kedaulatan, kepentingan dan keselamatan rakyatnya.

Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) pula menyatakan bahawa serangan itu melanggar Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), dan tidak akan menjejaskan komitmen Tehran untuk meneruskan program nuklear secara aman. – BERNAMA-MNA


LEMBAGA IAEA

DAH JADI

BARUA ISRAEL

AMIN

TAK IKUT 

KENA BOM

IKUT PUN

KENA BOM

AMIN

SEKARANG IRAN

BEBAS UNTUK

BUAT APA SAJA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kasi bom hancur. pengganas iran dan segala konco-konco dan anjing kurap seperti hishamuddin rais patut dihapuskan secara total.