PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 6 JUN 2025
ESOK HARI RAYA
HARGA GAS
Awalnya ada larangan – para peniaga – tidak di benarkan beli dan guna gas tong biasa yang bersubsidi. Ada tong ungu untuk di guna pakai oleh peniaga. Harga tidak ada subsidi.
Ini arahan kacau. Ketua MCA buat Tik Tok timbulkan isu ini. Akhirnya arahan bangang itu di tarik balik. Bagus MCA sekarang semenjak DAP berkuasa MCA jadi suara rakyat tertindas.
TEO BENG HOCK
Anak muda ini dibunuh 15 tahun dulu. Sampai sekarang kes belum selesai. Anwar Blackrock janji akan bukan kembali kes – tapi kes tutup tidak ada apa-apa tindakan.
Ingat KUGAN ? Ingat AMINULRASHID ? Semua mangsa dibunuh oleh kerajaan yang zalim.
MUSIM HAJI
Tiap tahun kita dengar ramai Pak Cik Mak Cik Kakak Abang kena tipu kerana nak pergi Naik Haji. Tak habis-habis. Mereka di tipu kerana sekarang ada rukun haji yang baru : WAJIB ADA VISA.
Hampir dua juta ke Mekah di musim haji maka inilah yang menyebabkan agak susah nak dapat visa.
Wajib tunggu giliran melainkan kamu Nurul Izzah, Tengku Zafrul atau China baru setahun masuk Islam – kah kah kah – SEBOTOL UNTU LU
Justeru TUKANG TIPU – TRAVEL AGENCY muncul menawar khidmat. Ini meniaga. Mereka jual agama. Mereka jual BIDADARI. Maka hasilnya ramai kena tipu. AMIN
AMERIKA
Trump dan Elon Musk bergaduh. Ini bergaduh hebat. Bukan bertumbuk tapi Trump guna media sosial TIBAI Elon. Dengan X Elon jawab. Saham syarikat kereta Elon jatuh mendadak.
UKRAINE
Kota Kyiv jadi sasaran serang Rusia. Ini balasan Rusia pada serang Ukraine minggu lalu.
GAZA
Penembak yang membunuh warga Gaza ketika beratur menunggu makanan itu ada BARUA Israel. Netanyahu mengakui mereka – Arab Palestin – di beri senjata. Mereka tak suka Hamas.
JEPUN
Kali ke dua Jepun nak naik dan mendarat di bulan kelihatan gagal.
CANADA
Sekali lagi hutan terbakar. Ini musim panas. Seramai 31 ribu warga dipindahkan. Tahun lepas kebakaran berlaku – beribu hektar hangus.
SAUDI ARABIA
Jemaah Haji berada di Gunung Arafah.
HOKKIEN
Pagi ini segar cerah. Matahari dah keluar. Langit berawan putih sedikit biru disana sini. KL & KL Sentral berjerebu agak tebal.
Di pintu masuk suara Tekukur. Dari bukit kiri dari bukit kanan lawan berlawan. Atas jalan juga gua ternampak dua tiga ekor Tekukur mencari rezeki. Badan agak kecil – tapi suara besar.
EZI berjalan agak perlahan – Ezi dah tua tidak rancak lagi. Tak Tak merayu ke hulu ke hilir hingga letih.
Sekumpulan Warga Asal datang merapati Ezi – ha ha ha Tak Tak datang mengejar. Wow ! Tak Tak setia pada Kakak. Amin
Hari ini akan panas. Esok raya. Gua nak balik Kampong di pagi raya. Rumah gua di Jelebu tak jauh. Dalam dua jam dah sampai. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI JUMAAT
Mencari ikan di tepi paya
Jumpa kelapa minum nira
Esok bergembira di hari raya
Salam ingatan beramah mesra
Makan lemang di hari raya
Budak bermain gumbira sakan
Bersama rayakan Islam Budaya
Perjalanan hidup kita teruskan
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT


Tiada ulasan:
Catat Ulasan